“Allah Beri Hadiah Paling Bermakna”- ‘Abang Limosin’ Terharu Pengorbanan Isteri

2 hari lalu, Instafamous dan usahawan terkenal iaitu Syafiqah Aina dan suaminya, Hafiz Mahamad telah selamat menimang puteri sulung mereka selepas hampir 2 tahun usia perkahwinan. Ternyata berita kelahiran tersebut amat dinantikan selepas mereka kerap berkongsi tentang perkembangan kehamilan Aina sebelum ini.  Menerusi update daripada Hafiz, kedua-dua ibu dan anak ini telah pun dibenarkan pulang dan sambung tempoh berpantang di rumah pula.

BACA: “6 Jam Contraction Habis Tangan Badan Aku CaIar Digigitnya” – Hafiz Mahamad

Baru-baru ini, pengasas produk kosmetik ini ada berkongsi kisah sepanjang pengenalan mereka sehinggalah ke hari kelahiran anak perempuan tersebut. Menurut Hafiz, Aina adalah seorang wanita yang cukup cekal selain telah sanggup melakukan banyak pengorbanan sepanjang hidup bersama dengannya.

Fasa Percintaan selesai…dia mengubah saya untuk jadi lelaki terbaik 

Di labour room saya lihat pengorbanan yang sangat besar olehnya

Kelahiran Raisya buka fasa baru…cintailah ibumu lebih dari Daddy mencintainya

“Takkan aku tinggal kau sorang untuk berjuang”

View this post on Instagram

Fasa 1 selesai (Fasa Percintaan kami Berdua) 1 May 2013 saya menjemput dia ke hati saya & lemparkan harapan yg tinggi untuk masa depannya. Mampukah saya untuk meyakin dia yg diri saya ni boleh jd peneman terbaik untuknya & pengganti terbaik posisi ayahnya Harapan & janji bukan hanya dari air liur, adanya saya mengubah dia jadi wanita yg “self confident” rendah menjadi tinggi. Adanya dia mengubah saya untuk menjadi lelaki yg terbaik untuk ibu & abah saya Saya bekerja keras untuk menghalalkan & meyakinkan wanita ini, untuk menjamin kehidupan seterusnya selesa & bahagia. November 2017, saya amik dia dari ibu bapanya & diberi tanggungjawab untuk menjaganya dari hujung rambut hingga hujung kaki Harapan & janji bukan hanya dari “Air Liur” Selepas berkahwin, Saya hadiahkan dia @ainaabeautyofficial untuk dia kenal penat perit pengorbanan membantu anakmuda yg ada & success, kami usaha bersama Setelah saya & dia kuat, Allah hantar hadiah yg paling bermakna. Cahaya mata ini datang pada August 2018, Allah sahaja tau syukurnya diri ini 24 Jun 2019. Di labour room, saya melihat pengorbanan yg sangat besar oleh isteri saya perjuangkan. Seperti mana harapan & janji saya berikan, “Takkan aku tinggal kau sorang untuk berjuang” Fasa 2 @Raisyaarisa bermulalah chapter baru dalam hidup mummy & daddy. Daddy akan berikan harapan & janji tapi bukan hanya dari “air liur” daddy akan buktikan Akan daddy taruhkan nyawa & semangat untuk kamu berdua. Hanya 1 daddy minta, jadilah anak solehah & kamu akan kenal besarnya pengorbanan ibumu “Cintailah ibu mu lebih dari daddy mencintai ibu mu sayang”

A post shared by Hafiz Mahamad (@hafizmahamad) on

Video tersebut turut mendapat banyak reaksi yang positif dalam kalangan pengikutnya.

Wujud lagi rupanya laki macam ni..

Menangis tengok video…teringat waktu bersalin

Alangkah bahagianya isteri bila pengorbanan dihargai..

Sumber: IG hafizmahamad

Apa Komen Anda?