“Jangan Sampai Tuhan Tunjuk Dekat Kau”-Pemuda Berubah Lepas Alami Tragedi Hitam

Dalam perjalanan meneruskan satu kehidupan, manusia takkan pernah lari daripada kealpaan serta kesilapan. Namun begitu, kesilapan dan kegagalanlah yang membantu dalam membentuk seorang manusia agar menjadi berguna pada masa akan datang. Begitulah yang telah dilalui oleh seorang lelaki ini dalam satu kejadian November lepas apabila satu kecelakaan jalan raya merubah hidupnya menjadi lebih baik dari masa lalu. 

BACA: Salah Sikit Anak Dah Melenting, Lelaki Tua Rela Habiskan Sisa Hidup Sendirian..

Advertisement

Aku bukak je mata kereta aku hancur

Dalam perkongsian tersebut, lelaki itu sempat menceritakan tragedi hitam yang telah merubah kisah hidupnya ke arah yang lebih positif. Kalau sebelum ini, sudah menjadi rutin harian baginya untuk bergerak dari Kuala Lumpur ke Putrajaya pada awal pagi. Namun pada hari kejadian, hatinya mula rasa tidak sedap. Tidak disangka-sangka dirinya boleh terlelap sehingga kereta yang dinaiki terbabas merempuh sebatang pokok di pinggir jalan. 

Advertisement

Kereta peronda polis lalu pun macam tak nampak aku

Kejadian yang berlaku sekelip mata itu membuatkan dirinya terduduk dan bermuhasabah. Pemuda tersebut mula hairan apabila tiada satu pun orang awam tampil menghulurkan bantuan untuknya yang tersadai di tepi jalan sebelum didatangi seorang hamba Allah ini.

 

Advertisement

Kau ni kira untung sebab Allah bagi kau sedar awal

Kedatangan lelaki tersebut bagaimanapun seolah-olah menyentak dirinya ketika itu. Walaupun kereta yang dinaiki  boleh dikatakan dalam keadaan ‘total lost‘, namun dia masih lagi terselamat. Lelaki tersebut memintanya untuk mengucapkan rasa syukur kerana masih diberi peluang untuk bernafas. 

Advertisement

Terkejut semua nurse dengan doktor sebab aku tak ada cedera apa-apa

Tidak lama kemudian, keluarga kepada pemuda tersebut tiba untuk memberi pertolongan untuknya. Dia dibawa ke sebuah pusat rawatan untuk pemeriksaan lanjut. Namun, tiada kecederaan serius pada jejaka tersebut dan cuma terdapat kesan melecet pada belakang badan. 

Advertisement

 

Lebih baik berubah sebelum terlambat

Advertisement

Tragedi tersebut betul-betul membuka mata untuk merenung semula dirinya pada masa lalu. Seorang yang keras hati, panas baran, serta tidak memikirkan perihal orang lain. Namun, jejaka itu kini telah sedar akan peluang kedua yang telah diberikan oleh Allah untuk berubah dan kembali ke pangkal jalan. 

Gambar Sekadar Hiasan

Sumber: Twitter hlmndzkr

Advertisement

Apa Komen Anda?