Viral

“Allah Tu Adil” – Lelaki Nangis Nampak Awek ‘Kantoi’ Dating Dengan Orang Lain

“Allah Tu Adil” –  Lelaki Nangis Nampak Awek ‘Kantoi’ Dating Dengan Orang Lain

Melayari zaman percintaan memang saat terindah khususnya buat anak muda. Ketika itulah yang orang katakan sebagai mandi tak basah, tidur tak lena dan makan tak kenyang. Akan tetapi, kamanisan bercinta di fasa awal kadangkala ‘membutakan’ mata kita semua terhadap dugaan mendatang dalam hubungan. Andai kata keadaan pilu yang dihadapi oleh seorang lelaki ini berlaku, sudahkah anda bersedia untuk menerimanya?


BACA: [VIDEO] Gugur Air Mata Jantan, Detik Perpisahan Sahabat Ini Meruntun Jiwa Ramai

‘Tertumpah’ air mata jantan ternampak awek tengah dating dengan orang lain

Melalui perkongsian pengguna TikTok dengan akaun @sammsmithhhhh, ketika itu dia sedang duduk di sebuah restoran makanan. Namun kebetulan, dia terlihat teman wanitanya sedang ‘kantoi’ dating bersama dengan lelaki lain berhampiran lokasi sama. Walau bagaimanapun, gadis tersebut tidak perasan kehadiran jejaka ini kerana membelakanginya. Tidak dapat menahan kesedihan tersebut, lalu dia mengesat air matanya dengan sehelai tisu sambil memerhati couple itu.

@sammsmithhhhh

Kisahnya sebelum part 2 terjadi..Tq sahabat semuanya 🙌🏽🙌🏽..Tq support geng😘💪🏼 #foryoupage #tiktokmalaysia #tiktokindonesia #findyourfunhere

♬ Konser Rossa – camilaa🦋

Tanggung kecewa tak berkesudahan

Menerusi sebuah lagi video yang dikongsikan, lelaki ini kemudiannya dilihat melangkah keluar daripada restoran tersebut. Seakan-akan menanggung kecewa yang tak berkesudahan, dia tidak dapat menahan sebak lalu terus mengelap air mata.


@sammsmithhhhh

Sudah nyaman ..Tapi dilukai lagi🥀🥀#foryoupage #tiktokmalaysia #tiktokindonesia #findyourfunhere #tiktokguru #shouldbeme

♬ bunyi asal – Zulfadhli Ismail Art – Zulfadhli Ismail Art

Moga bersabar & yakin dengan takdir yang ditetapkan

Dalam pada itu, rata-rata netizen meminta pemuda berkenaan supaya bersabar dengan dugaan yang diterima. Malahan mereka juga berharap agar lelaki berkenaan sentiasa bersemangat, ikhlas serta meyakini dengan takdir yang telah ditetapkan. Video tersebut telah meraih 90 ribu jumlah tontonan.


“Allah Tu Adil” –  Lelaki Nangis Nampak Awek ‘Kantoi’ Dating Dengan Orang Lain

“Allah Tu Adil” –  Lelaki Nangis Nampak Awek ‘Kantoi’ Dating Dengan Orang Lain

“Allah Tu Adil” –  Lelaki Nangis Nampak Awek ‘Kantoi’ Dating Dengan Orang Lain

Sumber: TikTok sammsmithhhhh

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

“Allah Tu Adil” –  Lelaki Nangis Nampak Awek ‘Kantoi’ Dating Dengan Orang Lain

Facebook

Telegram