“Allah Uji Saya Lagi”-Selepas Hilang Suami, Kini Anak Kedua Nora Pula ‘Pergi’

Penyanyi terkenal, Nora Ariffin yang baru sahaja pulih selepas kehilangan suami tercinta dua tahun lalu kini diuji lagi apabila anaknya pula ‘pergi’ bertemu Ilahi. Berita tersebut telah disahkan sendiri melalui akaun Instagram miliknya sebentar tadi. Allahyarham yang bernama Muhammad Syakir Alif Johan Nawawi atau lebih dikenali sebagai Aliff Johan itu merupakan anak kedua dalam keluarga dan baru saja berusia 20 tahun.

BACA: Tak Tahu Pun Ada Ganjaran Jika Jumpa Nora, Kami Ikhlas Bantu. Sukarelawan

Ditemui tidak sedarkan diri

Advertisement

Nora yang berada di Singapura terkejut apabila menerima panggilan daripada pembantu rumahnya mengatakan pemuda tersebut ditemui pengsan di rumahnya. Menurut Harian Metro, Aliff dikatakan tidak menyedarkan diri dan disahkan tidak lagi bernyawa sewaktu dalam perjalanan ke pusat perubatan bersama ambulans. Dia yang dilihat tersentak dengan kejadian itu meminta semua mendoakan semoga anaknya ditempatkan di kalangan orang beriman. Selain itu, dimaklumkan bahawa jasadnya akan dikebumikan secepat mungkin hari ini juga.

View this post on Instagram

Advertisement

😢😢😢😢😢😢

A post shared by NORA ARIFFIN (@itsnoraariffin) on

Advertisement

Pernah menyertai rancangan Mentor Milenia 2019

Sebelum ini, Allahyarham pernah menjadi perhatian apabila muncul dalam sebuah rancangan realiti televisyen iaitu Mentor sebagai 20 peserta akhir. Walau bagaimanapun, dirinya tidak dapat melangkah ke pusingan seterusnya sewaktu berada di fasa pemilihan oleh barisan mentor. Pemuda tersebut sempat dipuji apabila berjaya menyambung legasi ibunya sebagai seorang penyanyi hebat serta bapanya yang juga seorang komposer terkenal. 

Advertisement
Kredit Berita Harian

Sumber: Instagram Nora Ariffin,  Facebook Harian Metro & Berita Harian

Apa Komen Anda?