Inspirasi

Ambil Wuduk Tetap Sama, Wanita Tanpa Tangan Kenang Pengalaman Tunai Umrah

Ambil Wuduk Tetap Sama, Wanita Tanpa Tangan Kenang Pengalaman Tunai Umrah

Sharing is caring!

Setiap manusia pasti memiliki ujian yang berbeza dalam hidup. Walaupun adakalanya berat, tapi detik sebegitulah yang mendewasakan dan membuatkan mereka lebih mensyukuri segala nikmat yang ada. Begitu jugalah dengan kehidupan orang kurang upaya (OKU) yang tidak pernah minta untuk dilahirkan dengan sebarang kecacatan.

BACA: Hidap Tulang Rapuh Sejak Kecil, Pemuda Mahu Buktikan Diri Mampu Berdikari


Makan guna kaki, tetap rasa dirinya sempurna

Sentiasa bersangka baik dengan setiap perancangan Allah, itu adalah antara penyebab utama Norfarrah Syahirah Shaari mampu untuk meneruskan kehidupannya yang serba kekurangan. Meskipun sering mendapat jelingan ‘pelik’ daripada orang sekeliling terutama apabila menggunakan kaki untuk makan, tapi Farah tidak pernah mengambil hati malah tetap menganggap dirinya masih sempurna.

Ambil Wuduk Tetap Sama, Wanita Tanpa Tangan Kenang Pengalaman Tunai Umrah

Ambil Wuduk Tetap Sama, Wanita Tanpa Tangan Kenang Pengalaman Tunai Umrah
Kredit foto: BH Online

Teruja dapat tunaikan umrah bersama ibu

Memetik portal Berita Harian, wanita berusia 32 tahun ini berasa sangat teruja apabila diberi kesempatan menunaikan umrah bersama ibunya pada 20 Februari lalu. Menceritakan pengalaman paling indah sepanjang hidupnya itu, dia turut tidak berasa kekok semasa berada di sana kerana banyak kemudahan yang telah tersedia untuk golongan kurang upaya. Farah turut menjelaskan bahawa cara dia mengambil wuduk masih sama seperti orang lain.


Ambil Wuduk Tetap Sama, Wanita Tanpa Tangan Kenang Pengalaman Tunai Umrah

Ambil Wuduk Tetap Sama, Wanita Tanpa Tangan Kenang Pengalaman Tunai Umrah
Gambar sekadar hiasan

Pihak atasan beri layanan sama rata

Mengakui sukar pada awalnya terutama apabila segala pergerakan terbatas, dia tetap bersyukur kerana sentiasa dibantu keluarga dan rakan-rakan yang ikhlas. Pembantu Tadbir di Kolej Komuniti Teluk Intan itu tidak pernah rasa terpinggir malah bersyukur kerana pihak atasan sering bersikap positif dengan memberikan layanan seperti pekerja normal yang lain.

Ambil Wuduk Tetap Sama, Wanita Tanpa Tangan Kenang Pengalaman Tunai Umrah

Ambil Wuduk Tetap Sama, Wanita Tanpa Tangan Kenang Pengalaman Tunai Umrah
Kredit foto: BH Online

Ambil Wuduk Tetap Sama, Wanita Tanpa Tangan Kenang Pengalaman Tunai Umrah

Sumber: Portal BH Online


Tidak mahu terlepas cerita viral & trending? Jom sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Ambil Wuduk Tetap Sama, Wanita Tanpa Tangan Kenang Pengalaman Tunai Umrah

Sharing is caring!