“Amik Kau, Kan Dah Mendapat!” – Watak Cempaka ‘Sweet Dreams’ Buat Ramai Geram

Bagi mereka yang mengikuti drama arahan Michael Ang ini, mesti anda selalu geram dengan perangai atau sifat annoying  watak gadis yang bernama Cempaka ini. Selaku adik kepada karakter Putri lakonan Mira Filzah, Cempaka sering membuatkan ramai penonton asyik tak senang duduk apabila ada sahaja perkara yang mahu dilakukan oleh kakaknya itu tidak dipersetujui atau dibantah olehnya. Bagi mereka yang tidak tahu, watak tersebut dilaksanakan oleh seorang pelakon muda bernama Yuna Rahim.

BACA: [VIDEO] Sekejap Tapi Berkesan, Watak Makcik Bawang Wongshu Sempurnakan Nur 2!

Kan dah mendapat…siapa suruh kurang ajar

Selain itu, watak tersebut turut menyerlah menerusi beberapa babak lucu ketika berinteraksi bersama dengan ibunya, Laila yang dijayakan oleh Nina Juren. Mana taknya, berani pula minta berhenti sesuka hati sedangkan dia sedang sibuk bersekolah lagi.

Kenapa Cempaka tambah lagi masalah dengan nak berhenti sekolah?

Mak Cempaka pun main IG

Tolonglah Cempaka.. Kesian Puteri kena layan perangai adik yang ting tong ni

Walaupun baru berusia 24 tahun, namun Yuna atau nama sebenarnya Shafiqah Husna Binti Abdul Rahim kelihatan sangat natural tatkala mengenakan uniform baju kurung sekolah. Hakikatnya, watak tersebut telah memberikan impak yang sangat berkesan kepada para penonton drama yang diadaptasi daripada novel popular ini. Hasil tinjauan di ruangan komen Instagram miliknya pula mendapati bahawa rata-rata netizen meluahkan komen bernada geram serta terhibur dalam setiap babak ‘Sweet Dreams‘ yang dikongsikan olehnya.

Sumber: IG yunarahim & Astro Gempak

Apa Komen Anda?