“Anak Baru Habis UPSR..” – Netizen Terkilan Insiden Bapa Hamilkan Anak Sendiri

Pernah tak anda bayangkan apakah sebab sesetengah ibu bapa yang sanggup melakukan jenayah domestik terhadap zuriat sendiri? Walhal mereka lah sepatutnya mencurahkan kasih sayang serta memainkan peranan penting dalam pembentukan anak-anak. Namun begitu, nampaknya ada lagi parents durjana yang sanggup melakukan perbuatan terkutuk bagai peribahasa ‘haruan makan anak sendiri’ seperti insiden yang berlaku di Kuala Terengganu baru-baru ini.

BACA: “Tulah, Sibuk Bagi Tips Cepat Hamil, Sampai Lupa Tips Tak Cepat Gugur”

2 kali buat sumbang mahram pada anak sulung sendiri

Menurut portal Berita Harian, seorang lelaki berusia 41 tahun telah didakwa semalam atas dua jenis tuduhan melakukan hubungan sumbang mahram terhadap anak sulungnya yang berusia 12 tahun sehingga hamil sekitar bulan Julai dan Ogos lalu. Bagaimanapun, tertuduh mengaku tidak bersalah atas kedua-dua tuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Nooriah Osman.

Kredit foto: Berita Harian

Anak loya & muntah masa jawab UPSR

Terdahulu, calon UPSR berkenaan dimaklumkan pernah loya dan juga muntah sewaktu mengambil ujian berikut di sekolahnya. Hasil pemeriksaan lanjut mendapati dia kini mengandung 7 minggu manakala tertuduh ditahan oleh pihak berkuasa pada 12 September lalu hasil laporan yang dibuat oleh isterinya. Dalam pada itu, hasil saringan ujian air kencing juga mendapati bapa kepada 4 orang anak ini positif ‘bahan terlarang’ serta pernah memiliki rekod lampau berhubung isu pecah amanah.

Gambar sekadar hiasan

Macam mana anak tu kalau mengandung zuriat bapa sendiri…gugur ke?

Meninjau ke ruangan komen pula, rata-rata netizen menyatakan rasa terkilan dengan berita itu. Malah ada juga di antara mereka yang tertanya-tanya nasib kanak-kanak perempuan itu serta kandungannya susulan tindakan yang tidak berperikemanusiaan bapanya.

Jangan ikut nafsu…kesian gelap masa depan anak-anak

Anak baru habis UPSR…

Bapa sebagai pelindung…namun terpesong akibat iman pudar

Sumber: FB Berita Harian Online

Apa Komen Anda?