“Anak Baru Usia 6 Bulan, Saya Tak Sangka Bapanya Pergi Terlalu Awal” – Isteri

Hari ini, rakyat Malaysia telah dikejutkan dengan berita mengenai seorang pegawai komando yang telah terk0rban sewaktu menjalankan tugas. Menurut sumber, anggota yang dimaksudkan itu adalah Mejar Mohd Zahir Armaya telah cedera sebelum menghembuskan nafas terakhir selepas terkena peluru senjata jenis M4 sewaktu melaksanakan sebuah demonstrasi di Kem Lok Kawi, Sabah. Beliau itu juga merupakan salah seorang anak kepada artis ternama tempatan iaitu AR Badul.

BACA: [VIDEO] Baju Kalis Gagal Tahan Peluru, Anak Tentera AR Badul Pergi Selamanya..

Meskipun belum dapat menerima sepenuhnya lagi insiden yang berlaku terhadap anaknya itu, namun Badul tetap redha dengan ketentuan Illahi. Malah dia turut berbangga dengan pencapaian luar biasa yang diperoleh Mejar Mohd Zahir dalam mengejar minatnya sejak dahulu lagi.

Selain keluarga seniman veteran itu, antara yang turut terkesan dengan pemergian Allahyarham adalah balunya iaitu Nourshafinar. Menurut laporan Utusan Online,  wanita berkenaan menzahirkan rasa dukacita terhadap berita yang tidak disangka-sangka itu. 

Kredit foto: Utusan

“Anak kami baru masuk usia 6 bulan. Dan saya sangat-sangat tak menyangka bahawa bapanya telah pergi terlalu awal..”

Selain dirinya, Allahyarham turut berpisah dengan seorang bayi lelaki serta 2 lagi anak hasil perkahwinannya yang terdahulu. Ujar Nourshafinar, dugaan yang menimpa keluarganya sangat berat di saat anaknya yang baru menjengah umur setengah tahun. Dalam perkembangan lain, siasatan lanjut turut dilakukan oleh pihak berwajib bagi mengenal pasti mengapa dan bagaimana peluru itu boleh menembusi baju kalis peluru yang dipakai oleh pegawai komando berkenaan. 

Sumber: Utusan OnlineAstro Awani

Apa Komen Anda?