Family Viral

Anak Buat Surprise Birthday, Pilu Ayah Pula Nangis Terkenang Allahyarham Isteri

Anak Buat Surprise Birthday, Pilu Ayah Pula Nangis Terkenang Allahyarham Isteri

Kebiasaannya bila mendengar kejutan hari jadi, kita pasti merasa gembira apalagi disambut dengan senyum tawa serta tepukan meriah. Tetapi lain pula yang dilalui gadis ini ketika meraikan detik berkenaan bersama si ayah.


BACA : [VIDEO] Excited Tolong Bedung, Ayah Selamba Gulung Anaknya Macam Kuih Popia

Happy birthday abah sayang…Semoga panjang umur

Menerusi tiktok , memaparkan Atul Quraidah menyambut hari jadi bapanya di sebuah restoran. Sementara menunggu makanan tiba,  lelaki berbaju kelabu itu diberi kejutan dengan sebiji cupcake yang kelihatan enak sekali. Namun tak semena-mena, dia terus menangis lalu mengesat airmata dengan tangan. Si anak cuba mententeramkan keadaan dengan mengusap lembut jari-jemari. Siapa sangka lelaki berkenaan rupanya terkenangkan isterinya yang sudah pergi menghadap Ilahi.


@aidaroslan_

happy birthday abah sayang ❤️ semoga panjang umur & dimurahkan rezeki ya ❤️ terima kasih perkerja pizzahut toppen❤️ #fyp

♬ bunyi asal – Atul Quraidah – Atul Quraidah

Permintaan tertunai…Lepas rindu dia kata

Katanya sebelum ini, bidadarinya yang selalu membuat kejutan sebegitu. Ibarat mahu melunaskan rindu, mereka berdua kemudiannya pergi pula ke pusat perubatan yang menjadi tempat ibu menjalani rawatan sebelum ini. Terlihat wajah ayah masih lagi sugul saat berada di dalam kereta seakan menahan keperitan kehilangan insan tersayang dalam hidup.


@aidaroslan_

permintaan tertunai😇 buat buat lepas rindu dia kata ❤️‍🩹 btw happy birthday again abah 🥰

♬ bunyi asal – Atul Quraidah – Atul Quraidah

Aku lemah betul benda berkaitan mak ayah….Benda paling mahal adalah kenangan

Meraih jumlah tontonan yang tinggi, netizen juga menjadi sebak dan mengakui lemah semangat melihat seorang lelaki berusia nangis sebegitu rupa. Netizen juga menyifatkan antara benda paling ‘mahal’ dalam dunia adalah kenangan bersama keluarga tersayang.

Anak Buat Surprise Birthday, Pilu Ayah Pula Nangis Terkenang Allahyarham Isteri

Anak Buat Surprise Birthday, Pilu Ayah Pula Nangis Terkenang Allahyarham Isteri

Anak Buat Surprise Birthday, Pilu Ayah Pula Nangis Terkenang Allahyarham Isteri

Anak Buat Surprise Birthday, Pilu Ayah Pula Nangis Terkenang Allahyarham Isteri

Sumber : Tiktok aidarosalan_

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Anak Buat Surprise Birthday, Pilu Ayah Pula Nangis Terkenang Allahyarham Isteri

Facebook

Telegram