Anak Dara Didakwa Bercinta Dengan Pengarah & Suami Orang, Ini Respon Kazar!

Baru-baru ini, kecoh di laman Twitter apabila anak keempat aktor terkenal, Kazar Saisi dikatakan sedang menjalin hubungan dengan seorang pengarah terkenal yang juga berstatus suami orang. Perkara itu didedahkan oleh seorang individu yang turut menyifatkan sifat pengarah tersebut lebih kurang sama dengan Aliff Aziz. Gara-gara kontroversi tersebut, rumah tangga pengarah itu telah dilanda pelbagai spekulasi namun mereka berdua belum memberikan maklum balas tentang tweet tersebut.

BACA: “Awak Nak Stay Atau Berpisah?” – Suami Luah Kecewa Sikap Melulu Nadya Syahera

Aliff Aziz tipu isteri dia. Lelaki ni pula main kayu tiga terhadap isteri dia dengan gadis Ira Kaza ni. Bini lawa giIa, anak-anak pun comel. Kau pilih dia jugak..

Kredit foto: mStar

Menerusi laporan mStar yang berjaya mendapatkan ayah Ira untuk mengulas tentang dakwaan ini, Kazar bagaimanapun mengakui tidak tahu-menahu tentangnya.

Selalunya saya jadi yang terakhir tahu apa-apa

Walaupun kami tinggal serumah, tapi jarang jumpa sebab dia selalu di bilik

Tambahnya lagi, kini Kazar lebih memberi kebebasan kepada anak-anak dalam urusan hidup memandangkan semuanya sudah dewasa dan mampu berfikir sendiri.

Ira dah lebih 21 tahun…saya tak larat nasihatkan dia

Bukan itu sahaja, Kazar juga mempertikaikan pihak yang kelihatan terburu-buru dalam membangkitkan kontroversi ini kepada umum.

Kalau mereka pernah bersekedudukan baru saya anggap ianya benar.

Sumber: mStar

Apa Komen Anda?