Anak Letih Nasihat, Tapi Pak Cik Ini Nekad Ziarah Pusara Isteri Setiap Hari!

Kasih sayang di antara 2 jiwa bercinta hanya mampu dipisahkan apabila salah seorangnya dijemput Illahi. Pemergian insan tersayang bukanlah hal kecil yang boleh ditelan bulat-bulat. Mungkin demikianlah detik pilu yang dihadapi oleh seorang pak cik ini apabila sudah kehilangan isterinya. Saban hari, dia tidak pernah jemu untuk menziarahi pusara isterinya. Pak cik ini membuktikan bahawa cinta sejati itu masih wujud!

Baca : Masa Tu Jentera Dah Penuh, Tapi Hati Berkeras Nak Pergi, Rupanya Tu Adik Saya

Menerusi perkongsian anaknya, mereka tidak menggalakkan bapa mereka menjenguk pusara itu dengan kerap kerana kelihatan seperti meratapi pemergian. Akan tetapi, itulah hal yang terus dilakukan oleh ayah mereka.

2 hari sekali dia akan pergi…

Hadirnya bukan untuk meratapi, namun pak cik ini akan membersihkan pusara isterinya. Melihat semua gambar ini, pusara isterinya memang nampak bersih dan cantik.

Abah jaga macam mana yang cinta hati dia suka

Susah senang ditempuhi hingga hujung nyawa si isteri…

Membaca tentang kisah pak cik ini, netizen juga turut meluahkan rasa sebak dan kagum mereka terhadap kesetiaannya meskipun isterinya telah dijemput Illahi.

Air mata jatuh…Bayangkan perasaan dia…

Susah nak cari suami macam ni…

Sedih rasanya…Hanya orang yang kehilangan saja yang faham

Sumber : Facebook Atam Ayue

Apa Komen Anda?