Pada zaman kini, penularan video fakir miskin di media sosial lebih memudahkan maklumat itu sampai ke pengetahuan pihak-pihak kebajikan masyarakat. Dengan kuasa viral, sedikit sebanyak orang yang mahu memberikan bantuan boleh datang terus ke lokasi dinyatakan sekali gus meringankan beban golongan ini. Tidak ketinggalan, seorang pengguna TikTok pada malam tadi sempat memuat naik rakaman seorang ibu yang dikatakan merempat selama 2 bulan di sebuah kaki lima.
BACA : Ditinggal Ayah Pada Usia 30 Hari Realiti Sebak Kehidupan Madammu 3 Beradik
Tak tahu anak pergi mana…Dia kata tengah cari rumah untuk saya tapi tak dapat
Menggunakan barang-barang lain, dia menjadikan tempat itu sebagai ‘kubu’ tempat tinggalnya tanpa ditemani sesiapa. Apibila ditanya, dia berkata anaknya sedang mencari rumah bersesuai untuk mereka duduk namun masih gagal.
Pantang saya masuk rumah orang tua…Walau kena aniaya sekalipun, abang tak bagi masuk sana
Bukanlah tiada rasa simpati, namun si perakam tampil menegur memandangkan ‘Acik’ tersebut ibarat menganggu kawasan perniagaan orang lain. Namun yang peliknya, dia berkeras enggan dihantar ke mana-mana pusat kebajikan walhal dirinya sendiri dalam keadaan terdesak disusuli dengan masalah kesihatan.
@thecuciking Kesian memang kesian, tapi dah 2 bulan duduk depan kedai kawan kita sampai ganggu orang nak meniaga. #fyp #fypdongggggggg #bendadahpost
Lain macam je, takmau duduk rumah orang tua pulak…Mana anak dia?…JKM perlu siasat
Menerusi ruangan komen, ada yang mula tag Ustaz Ebit Lew dengan harapan dia boleh memberikan bantuan kepada mak cik berkenaan. Walaupun segelintir netizen rasa curiga kerana wanita itu memberikan pelbagai alasan, mereka juga sebak mengenangkan kesusahan hidup yang dilaluinya.
Kredit : TikTok Thecuciking
🚨 Erin Sakura KINI MENCARI INTERN! Klik untuk maklumat lanjut.
Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura
