Anak Menyusul 10 Hari Selepas Bapa Pergi, Ibu Sebak Tak Mampu Wakil Ambil Sijil

Masih lagi dalam ‘mood’ graduasi, kisah inspirasi sepanjang hari bahagia ini seolah tidak putus-putus berlegar di media sosial. Satu persatu berita mengenai kejayaan pelajar-pelajar ini dikongsi sebagAi sumber semangat bagi bakal graduan yang lain. Namun agak berbeza dengan satu kisah ini di mana seorang ibu diminta menjadi wakil untuk menerima ijazah bagi pihak anaknya yang sudah pun kembali ke rahmatullah. 

BACA: Pelbagai Cara Lengahkan Majlis Konvo, Graduan Terharu Sempat Terima Anugerah

Terpaksa menahan kesedihan

Menerusi artikel Harian Metro, Allahyarham Mohamad Saifuddin Mohd Ridza sepatutnya menerima ijazahnya pada majlis tersebut. Namun, dia menemui ajal pada Februari lalu akibat jangkitan kuman pada organ dalaman. Majlis berkenaan menyaksikan detik-detik sayu ibu pelajar itu yang tidak kuat untuk naik ke pentas kerana perasaan terlalu hiba.

Kredit Harian Metro

Ibu bapa graduan lain cuba tenangkan saya

Bagi kelancaran majlis, wanita itu meminta anaknya yang ketiga untuk naik mengambil sijil tersebut. Pemergian anaknya disifatkan sebagai kehilangan yang sangat besar dan mengejut memandangkan suaminya juga baru sahaja pergi menghadap Illahi 10 hari sebelumnya. Sewaktu bapanya tidak sihat, pelajar tersebut juga sempat bersama menjaganya di pusat rawatan walhal ketika itu dia juga mengalami masalah kesihatan akibat jangkitan tersebut.

Pemergian yang ditangisi

Sewaktu ditemubual wartawan akhbar tersebut, si ibu menyifatkan anaknya yang juga graduan Ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian) UiTM Kampus Seremban 3 adalah seorang yang sangat baik serta hormat pada orang tua. Allahyarham juga sering disenangi oleh rakan-rakan yang bersahabat dengannya. 

Sumber: Harian Metro & Facebook Badrul Hisham 

Jawatan kosong di Kisah Dunia. Maklumat lanjut klik DI SINI

Apa Komen Anda?