Family Hiburan Viral

Anak Minta Aiskrim, Suara Fedtri Yahya Balas Voice Note Pula Jadi Perhatian

Anak Minta Aiskrim, Suara Fedtri Yahya Balas Voice Note Pula Jadi Perhatian

Sharing is caring!

Pengacara bersuara sopan santun iaitu Fedtri Yahya sering sahaja aktif di laman media sosial miliknya. Selain berkongsikan sajak, dia juga memuat naik perkembangan anak-anak dan aktiviti yang dilakukan di rumah bersama keluarganya.

BACA: [VIDEO] Sambil Tunggu Ayah, Mak Uji Anak Translate Ayat Melayu-Inggeris


Syukur rezeki bersusun lepas tunaikan hajat anak

Menerusi Twitter miliknya, Fedtri Yahya sempat memanjatkan rasa syukur kerana dimurahkan rezeki selepas memenuhi permintaan anaknya yang bernama Juna kelmarin. Menurut pengacara ini, usaha meredah 7 buah kedai demi mencari aiskrim kegemaran anaknya itu sangat berbaloi.

Anak Minta Aiskrim, Suara Fedtri Yahya Balas Voice Note Pula Jadi Perhatian

Sanggup tunggu daddy belikan 5 batang aiskrim

Juna telah memberikan pesanan kepada Fedtri Yahya untuk membelikan 5 batang aiskrim dan sanggup menunggu kepulangan pengacara itu bersama permintaannya. Apabila tiba di rumah, wajah anak kecil itu jelas kelihatan sangat ceria dan excited apabila melihat si ayah berjaya menunaikan hajat yang dipinta.


Daripada ‘Jejak Rasul’ bertukar jadi jejak aiskrim

Menjengah di ruangan komen pula, rata-rata netizen bukan sahaja memuji kecomelan Juna tetapi mereka juga ‘cair’ mendengar suara lembut lelaki berusia 38 tahun itu ketika membalas voice note anak kecil berkenaan. Menurut mereka, intonasi yang digunakan oleh hos ‘Jejak Rasul’ itu sama sahaja seperti yang sering didengari di televisyen ketika dia sedang menjalankan tugas sebagai seorang pengacara.

Anak Minta Aiskrim, Suara Fedtri Yahya Balas Voice Note Pula Jadi Perhatian

Anak Minta Aiskrim, Suara Fedtri Yahya Balas Voice Note Pula Jadi Perhatian

Anak Minta Aiskrim, Suara Fedtri Yahya Balas Voice Note Pula Jadi Perhatian

Anak Minta Aiskrim, Suara Fedtri Yahya Balas Voice Note Pula Jadi Perhatian

Sumber: Twitter Fedtri Yahya


Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Sharing is caring!