Hiburan

Anak Sendiri Mandul Tapi Salahkan Menantu, Watak Mak Ndak Liza Bikin ‘Mendidih’

Anak Sendiri Mandul Tapi Salahkan Menantu, Watak Mak Ndak Liza Bikin ‘Mendidih’

Saat menyaksikan anak perempuan berkahwin dengan teman hidupnya adalah moment sukar bagi setiap ibu dan bapa. Setelah bersusah payah membesarkan dan melimpahkan kasih sayang sepenuhnya, mereka hanya mengharapkan menantu boleh melindungi dan menjaga anak mereka. Jika sebaliknya yang berlaku, pasti mereka akan berasa kecewa. Realiti sama juga cuba digambarkan menerusi drama ‘Pelindung Seorang Puteri’ yang telah bersiaran sejak 28 Julai 2020 lalu.


BACA:ย Anak Rebutkan Harta Peninggalan, Ibu Kecewa Sampai Enggan Halalkan Air Susu

Hati mana tak remuk bila dapat tahu amanah yang diberi diperlaku sebegitu

Setelah sepenuh kepercayaan diberikan kepada menantu, Mak Yati dan suami akhirnya kecewa ketika Rose pulang dalam keadaan yang menyedihkan. Lebih mengecewakan apabila bapa Saiful turut memohon agar besannya tidak melaporkan kejadian memukul yang dilakukan oleh anaknya itu kepada pihak polis.

View this post on Instagram

Sebagai seorang Mak, hati mana tidak remuk, berkecai bila dapat tahu amanah yang diberi kepada seseorang untuk dijaga, dibimbing dan disayangi , diperlaku sebegini. Saya terkesan dgn mata Mak @wannorazlin_307 yang tajam memandang besan dia. Her message is loud and clear through her eyes. #pelindungseorangputeri . Terbitan @suhanmovies @iamrosyam . Arahan @yusryabdhalim . Dibintangi oleh: @lisasurihani @faridkamilz @sharnaazahmad @haleedamazlin @arashmohd30 @wannorazlin_307 @pu_rizzz_ismail @jasmine_suraya @ezzatyabdullah @nadiyah.shahab @zainhamid @norreen143 @faeznick @fishfazil . Dan ramai lagi. @bambam_studios . #pelindungseorangputeri #megadrama #astroria #astroriahd #suhanmovies #legend

A post shared by Lisa Surihani Mohamed ๐Ÿ’‹ (@lisasurihani) on

Mungkin dengan kehadiran anak, keadaan boleh jadi lebih baik

Sebelum itu, Rose dikatakan telah bertengkar dengan Saiful gara-gara terlampau stress dengan Mak Ndak Liza yang sering mempersoalkan tentang anak. Padahal dia tidak mengetahui bahawa anak lelakinya sendiri yang mandul.ย Dalam masa sama, Rose turut kecewa dengan tindakan Saiful yang memintanya untuk tidur dengan lelaki lain supaya dapat hamil kerana dirinya tidak mampu memberikan zuriat.


View this post on Instagram

Lepas satu.. satu. Rose is losing it. Her patience may be drawing thin. Terfikir juga.. Mungkin dgn kehadiran anak, keadaan boleh jadi lebih baik. Tetapi.. dugaan dtg lagi. Dalam hidup, antara yang tentu adalah dugaan.. Persoalannya adalah, bagaimana kita sebagai hamba Allah , handle dugaan itu. Takutnya kalau kufur.. Pelindung Seorang Puteri #pelindungseorangputeri . Terbitan @suhanmovies @iamrosyam . Arahan @yusryabdhalim . Dibintangi oleh: @lisasurihani @faridkamilz @sharnaazahmad @haleedamazlin @arashmohd30 @wannorazlin_307 @pu_rizzz_ismail @jasmine_suraya @ezzatyabdullah @nadiyah.shahab @zainhamid @norreen143 @faeznick @fishfazil . Dan ramai lagi. @bambam_studios . #pelindungseorangputeri #megadrama #astroria #astroriahd #suhanmovies #legend

A post shared by Lisa Surihani Mohamed ๐Ÿ’‹ (@lisasurihani) on

Geram, semua salah mentua Rose…Mak & anak sama-sama gila

Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen terkesan dengan watak yang dibawakan oleh Mak Yati. Mereka turut berasa ‘mendidih’ melihat tindakan ibu mentua Rose yang boleh dikatakan ‘gila’ kerana buat huru-hara dalam rumah tangga anak sendiri.


Anak Sendiri Mandul Tapi Salahkan Menantu, Watak Mak Ndak Liza Bikin ‘Mendidih’

Anak Sendiri Mandul Tapi Salahkan Menantu, Watak Mak Ndak Liza Bikin ‘Mendidih’

Anak Sendiri Mandul Tapi Salahkan Menantu, Watak Mak Ndak Liza Bikin ‘Mendidih’

Anak Sendiri Mandul Tapi Salahkan Menantu, Watak Mak Ndak Liza Bikin ‘Mendidih’

Sumber: Instagram lisasurihani

 

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Anak Sendiri Mandul Tapi Salahkan Menantu, Watak Mak Ndak Liza Bikin ‘Mendidih’

Facebook

Telegram