Cinta Family Inspirasi

Anak Tak Sihat & Rumah Habis Banjir, Isteri Cekal Walaupun Suami Jauh Offshore

Anak Tak Sihat & Rumah Habis Banjir, Isteri Cekal Walaupun Suami Jauh Offshore

Bukan mudah untuk seseorang mampu bertahan dengan hubungan PJJ. Bagi pasangan berumah tangga, nak tak nak si isteri perlulah berusaha menguruskan banyak hal sendirian untuk menjadi lebih berdikari kerana ketua keluarga tiada di sisi.


BACA: [VIDEO] Termenung Jauh Tengok Laut, Anak Dedah Ibu Mungkin Rindukan Suaminya

Offshore wife 2021 yang mencabar….Arfan & Aisyah warded, baru-baru ni rumah pula banjir

Seorang wanita di TikTok bernama juelieyanamns tidak terkecuali dengan cabaran PJJ ini selepas dia berkongsikan video mengenai perkara yang berlaku sepanjang tahun 2021 tanpa suami di sisi. Kedua-dua anaknya pernah ditahan dalam sebuah pusat rawatan kerana mengalami masalah kesihatan. Bukan itu sahaja, rumah mereka turut terkesan dengan banjir yang berlaku baru-baru ini.


@juelieyanamns

Ada yang PJJ dengan suami?? Mehh hadirkan diri!🔥🔥🔥 #pjj #fyp #offshorewife #beranda

♬ original sound – rapidsongs

Awal-awal dulu pun Jue banyak menangis…Bila Jue rasa sunyi, Jue cari kawan

Mendapat banyak permintaan untuk berkongsikan tips menjadi kuat dalam hubungan PJJ, wanita ini akui pada awalnya dia sendiri banyak menangis tiap kali berpisah dengan suami. Namun selepas itu, ibu kepada 2 orang anak ini  belajar untuk sibukkan diri tatkala berasa sunyi dengan mengajak adik-beradik kandung atau iparnya keluar bersama.


@juelieyanamns

Reply to @chevillelia special for you darl❤️

♬ original sound – Jue Lieyana – Jue Lieyana

Hebatnya sis, saya anak seorang PJJ dulu pun dan stress…Saya pun masuk 6 bulan PJJ lepas kahwin

Sejak dimuat naik 2 hari lalu, video berkenaan telah pun meraih hampir 200 ribu jumlah tontonan. Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji ketabahan Puan Jue mengharungi cabaran PJJ ini. Dalam masa sama, rupanya ramai wanita lain turut berkongsi kisah berjauhan dengan suami masing-masing.

Anak Tak Sihat & Rumah Habis Banjir, Isteri Cekal Walaupun Suami Jauh Offshore

Anak Tak Sihat & Rumah Habis Banjir, Isteri Cekal Walaupun Suami Jauh Offshore

Anak Tak Sihat & Rumah Habis Banjir, Isteri Cekal Walaupun Suami Jauh Offshore

Kredit: TikTok juelieyanamns

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Anak Tak Sihat & Rumah Habis Banjir, Isteri Cekal Walaupun Suami Jauh Offshore

Facebook

Telegram