“Andhieka Bukan Anak Mummy Ke?” – Persoalan Anak Buat Si Ibu Tersentak

Tidak dinafikan bahawa ibu bapa kadang kala terlepas pandang dengan layanan terhadap anak-anak. Malah amalan memberi layanan berat sebelah kepada seorang anak dan mengabaikan yang lain perlu dielakkan oleh para ibu bapa. Hal ini akan menyebabkan anak-anak merasakan diri mereka tidak disayangi dan dihargai. Baru-baru ini, seorang wanita bernama Halina Yusuf telah berkongsi mengenai perihal ini yang mungkin boleh dijadikan iktibar buat semua.

BACA : Bisnes Lingkup Ditipu Rakan, Bapa 3 Anak Tertekan Sampai Otak Direnjat Elektrik

Dia tetap sabar hadap karenah si abang

Menerusi posting yang dimuat naiknya ke halaman FB Autisme Malaysia, ibu kepada tiga orang cahaya mata ini meluahkan rasa sebak melihat kesabaran anak keduanya dalam melayani karenah si abang. Kongsi Halina, anak sulungnya itu merupakan seorang kanak-kanak istimewa yang mengalami masalah Autisme. Memandangkan anak sulungnya menghidap Autisme, ada kalanya dia sukar untuk dikawal kerana sering meragam dan mempunyai cenderung tantrum. 

Advertisement

Andhieka bukan anak mummy ke?

Namun begitu, lumrah seorang kanak-kanak yang pastinya sukar memahami akan situasi itu. Hal ini, sedikit sebanyak memberi tekanan dan mengganggu emosi anak keduanya itu. Halina bagaimanapun mengakui, hatinya terusik tatkala Andhieka mengadu rasa yang terpendam kepadanya namun dia sedaya upaya cuba menenangkan anaknya. Lebih mengejutkan lagi apabila dia diajukan satu soalan yang tidak pernah terlintas di fikiran daripada kanak-kanak berusia empat tahun itu.

Advertisement

Advertisement

Ada khilaf kami dalam menjaga hatinya..

Halina bagaimanapun meluahkan rasa syukur dikurniakan seorang anak yang baik dan bertanggungjawab. Dalam pada itu, dia turut mengakui kekhilafan dirinya dan suami dalam menjaga hati si kecil berkenaan. Jelas wanita ini lagi, bukan niatnya untuk mengabaikan Andhieka tetapi dalam keadaan si abang yang sukar dikawal dia dan suami perlu memberikan lebih perhatian.

Advertisement

Sumber : Facebook Halina Yusuf

Advertisement

Apa Komen Anda?