Isu Semasa

Anggota Polis Dijemput Ilahi, Tiba-Tiba Pitam Sewaktu Laksana Operasi COVID-19

Anggota Polis Dijemput Ilahi, Tiba-Tiba Pitam Sewaktu Laksana Operasi COVID-19

Sharing is caring!

Susulan penularan wabak COVID-19 semakin berleluasa, kerajaan telah mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan yang  bermula 18 Mac lalu hingga 31 Mac 2020  setelah negara mengalami ancaman virus terutamanya di peringkat gelombang kedua. Sehubungan itu, seramai 50,000 anggota keselamatan dan penguatkuasa telah diarah bagi membantu dalam membasmi penularan wabak COVID-19.

BACA: Pandemik COVID-19 Semakin Cepat Menular, WHO Beri Amaran Kepada Dunia

Petugas Op COVID-19 pitam

Namun menurut laporan terbaru Berita Harian, seorang anggota polis telah pitam ketika membuat sekatan jalan raya. Anggota polis tersebut telah menghembuskan nafas terakhir di sebuah pusat perubatan dalam daerah Alor Setar pada jam 5.20 pagi tadi selepas menjalani rawatan perubatan selama tiga hari. Koperal Mohd Masri Maguni yang berusia 58  tahun itu telah bertugas di Balai Polis Kepala Batas, Pulau Pinang.


Anggota Polis Dijemput Ilahi, Tiba-Tiba Pitam Sewaktu Laksana Operasi COVID-19

Bukan dijemput Ilahi kerana COVID-19

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Mohd Rozi Jidin menegaskan anggotanya itu telah menghembuskan nafas terakhir bukannya disebabkan jangkitan wabak COVID-19 seperti yang tular di laman media sosial. Dia menyangkal sekerasnya dakwaan yang dicetuskan golongan tidak bertanggungjawab itu.

Anggota Polis Dijemput Ilahi, Tiba-Tiba Pitam Sewaktu Laksana Operasi COVID-19
Gambar sekadar hiasan

Rebah dalam Op COVID-19 secara tiba-tiba

Allahyarham Koperal Mohd Masri dilaporkan telah mengalami kebas di kaki dan tangannya serta mengadu pening kepala pada Sabtu lalu. Dia kemudiannya dilaporkan rebah secara tiba-tiba ketika menjalankan Op COVID-19 lebih kurang jam 4 petang sebelum disahkan pergi menghadap Illahi di pusat perubatan. 


Anggota Polis Dijemput Ilahi, Tiba-Tiba Pitam Sewaktu Laksana Operasi COVID-19
Gambar sekadar hiasan
Anggota Polis Dijemput Ilahi, Tiba-Tiba Pitam Sewaktu Laksana Operasi COVID-19
Gambar sekadar hiasan

Sumber: Berita Harian


Tidak mahu terlepas cerita viral & trending? Jom sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Anggota Polis Dijemput Ilahi, Tiba-Tiba Pitam Sewaktu Laksana Operasi COVID-19

Sharing is caring!