“Angkat Beg Bukan Kerja Kami”- Pramugari Jelas Tanggungjawab Sebenar

Sebelum ini pernah kecoh di media sosial apabila ada artis yang meluahkan rasa tidak puas hati apabila krew kabin pesawat yang dinaiki tidak membantu mengangkat bagasi mereka. Walaupun pihak krew sudah memperjelaskan perihal berkenaan, masih ada lagi sebahagian yang tidak ambil peduli tentang tanggungjawab sebenar mereka sehingga mendatangkan kemudaratan seperti yang telah dikongsi oleh seorang wanita ini. 

BACA: Luar Tutup, Tapi Kerja Terpaksa Dedah Aurat Kisah Pramugari Ini Cetus Sebak


Berapa ramai crew hampir hilang kerja sebab ni

Advertisement

Perkongsian tersebut telah dikongsi oleh @Okedkama tentang kisah rakannya yang bekerja sebagai seorang pramugari sebuah syarikat penerbangan. Dek kerana sikap pentingkan diri sendiri sesetengah penumpang, ada krew kabin yang retak tangan setelah membantu mengangkat beg di bahagian penyimpanan atas kepala. Sudah ramai rakan yang lain turut mengalami masalah kesihatan seperti slip disc kerana sering mengangkat bagasi penumpang yang kebanyakannya melebihi muatan. 

Gambar Sekadar Hiasan

Ikut polisi, krew tak dibenarkan angkat bagasi penumpang

Advertisement

Pihak krew juga menyarankan untuk mendaftar masuk beg yang berat dan bukannya membawa naik ke atas pesawat jika tidak mampu untuk mengangkatnya sendiri. Menerusi pendedahakan Mstar, krew kabin sebenarnya memang tidak dibenarkan untuk mengangkat beg untuk penumpang dan ia merupakan salah satu polisi penerbangan. Oleh sebab itu, had bagasi yang dibawa naik ke atas pesawat dihadkan sehingga 7kg sahaja bagi memudahkan penumpang untuk mengangkat serta meletakkannya di ruang penyimpanan. 

Gambar Sekadar Hiasan

Sepupu saya kena slip disc & koyak tisu bawah lengan 

Advertisement

Rata-rata netizen turut sama berkongsi pengalaman mereka bertemu penumpang yang tidak mempunyai common sense sehingga menyusahkan orang lain. Ada juga yang dilihat bersimpati dengan pramugara serta pramugari yang bertugas apabila perlu melayan kerenah penumpang degil.

 

Advertisement

Sumber: Twitter Okedkama & Facebook Mstar

Jawatan kosong di Kisah Dunia. Maklumat lanjut klik DI SINI

Advertisement

Apa Komen Anda?