Angkat Isu Selingkuh, Rampas Suami Orang – Melly Goeslaw Dianggap Genius Muzik

Selaku salah seorang penyanyi dan komposer tersohor di Indonesia, kredibiliti Melly Goeslaw sememangnya tidak dapat dinafikan lagi. Suatu masa dahulu, selebriti wanita inilah merupakan tunjang utama dalam pembikinan runut bunyi (OST) bagi beberapa filem ikonik republik tersebut seperti ‘Ketika Cinta Bertasbih’ dan ‘Ada Apa Dengan Cinta’. Malahan dia juga pernah bekerjasama dengan KRU untuk lagu tema filem adiwira ‘Cicakman’.

BACA: [FOTO] Reunion Lepas 15 Tahun, Bawang Merah & Bawang Putih Langsung Tak Berubah

Genius muzik yang berjaya..

Baru-baru ini, seorang pengendali akaun Twitter yang dikenali sebagai Izwan Mohd Isa ada berkongsi fakta-fakta menarik tentang juri program realiti D’Star Indosiar ini. Ujar pemuda tersebut, Melly Goeslaw boleh diangkat selaku pemuzik yang genius kerana mengetengahkan isu-isu berkaitan hidup masyarakat menerusi beberapa karyanya.

Sentuh isu selingkuh, rampas suami orang

Tatkala rata-rata artis gemar membawakan lagu yang bertemakan cinta dan kasih sayang, penyanyi kelahiran wilayah Bandung ini telah membuat kritikan yang berani tentang isu berkaitan hidup seorang wanita. Antara aspek yang disentuh menerusi bait lirik lagu-lagunya adalah seperti soal kesetiaan, hubungan sebelum bernikah dan juga mencaras suami orang lain.

Isu lelaki main kayu tiga & dilema orang bercinta

Dalam karya bertajuk ‘Ketika Cinta Itu Hilang’, figura ibu kepada dua orang anak ini sempat juga menyindir golongan lelaki yang tidak pernah puas dengan isteri masing-masing. Bahkan muzik videonya turut mempunyai aura keunikan tersendiri apabila Melly berpakaian seperti robot. Tidak terhenti setakat itu, dia juga menyelami dilema mereka yang sedang menjalin hubungan cinta melalui lagu ‘Gantung’ yang sangat popular sekitar tahun 2012.

Sumber: Twitter sutramaya & IG melly_goeslaw

Jawatan kosong di Kisah Dunia. Maklumat lanjut klik DI SINI

Apa Komen Anda?