Kehebatan lakonan anak sulung Amy Search iaitu Nabila Huda sememangnya tidak perlu dipertikaikan lagi. Meskipun mula dikenali menerusi pembawaan watak-watak antagonis, hakikatnya aktres ini mampu menjayakan 1001 peranan yang diberikan kepadanya tanpa mengira jenis karya filem atau televisyen.
BACA :Â Babak Ina Meraung Bayi Dibawa Pergi, Rupanya Begini Ending Lakonan Ummi Nazeera
Ni apa benda ni? Mak masak apa ni? Selama ni pergi mana?
Semalam, Nabila Huda a.k.a Abil telah memuat naik keratan pendek video sebalik takbir sebuah rancangan telemovie. Dia bersama Normah Damanhuri sebagai watak anak dan ibu nampaknya berjaya mencipta chemistry hinggakan suasana rumah itu bertukar suram apabila babak lakonan dimulakan.
Jawatan Kosong: Penulis Di Laman Portal Kisah Dunia (Work From Home)
Macam ni, anjing pun tak suka…Kalau macam ni mak, tak payah kerah orang siang malam
Warak jahat berkenaan dilihat memanggil ibunya ke dapur sebelum mengherdik kuat gara-gara tidak disediakan makanan enak. Meskipun lakonan itu terhenti di pertengahan dialog dan minta diulang kembali, Abil hebat menyambung semula shooting seperti tiada apa-apa berlaku. Ketegangan itu semakin dirasai sesudah dia menebalikkan piring ke lantai.
@abilsuhaimi Kalau korang jumpa dia ni nak buat apa? 🤣 #Fyp #Telemovie #Comingsoon
Tengok berlakon pun takut…Kak KM tengok apa Abil buat kat mak akak…Biasa dia tu
Melihat di sebalik tabir lakonan mereka berdua, ramai netizen akui gerun terutamanya mendengar dialog Abil. Pun begitu, mereka mengagumi kualiti penghayatan jiwa oleh 2 artis terkenal ini.
Tidak ketinggalan, ada juga yang terhibur dan berseloroh mahu adukan perbuatan Abil kepada anak Normah Damanhuri iaitu Kak KM. Rakaman itu berjaya meraih lebih 200 ribu jumlah tontonan.
Kredit : TikTok Nabila Huda
Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura