Antara Ibu Atau Isteri, Siapa Yang Anak Lelaki Patut Lebihkan

Apabila sudah berumah tangga, persediaan mental haruslah kuat dalam menghadapi cabaran baru bagi memastikan alam perkahwinan sentiasa teguh. Lebih-lagi ia melibatkan dua belah pihak dan seluruh ahli keluarga. Tatkala selesai akad nikah, satu tanggungjawab besar perlu digalas oleh seorang lelaki bergelar suami. Apabila sudah berkahwin, bagaimana pula tanggungjawab lelaki terhadap ibu yang melahirkan?

BACA: 7 Tahun Perkenalan, Farah Nabilah Umum Bakal Kahwini Pilot Disember Nanti

Isteri atau ibu?

Menerusi artikel Remaja dalam temubual bersama seorang ustaz, tanggungjawab seorang anak lelaki sangat besar apabila sudah berumahtangga. Adalah menjadi kewajipan untuk mereka taat dengan menjaga kebajikan ibu yang telah melahirkan. Tidak dinafikan, isteri juga penting namun si suami tidak boleh terlalu mengikut telunjuknya seperti seorang yang dayus.

Gambar Sekadar Hiasan

Anak lelaki perlu berlaku adil

Dalam erti kata lain, lelaki harus tahu berlaku adil dan pandai membuat keputusan apabila berdepan dengan situasi yang membabitkan ibu dan juga isteri. Jika kedua-duanya perlu perhatian dalam waktu yang sama, sebaiknya utamakan dahulu si ibu namun bergantung juga pada situasi. Mana yang lebih penting dan wajar diutamakan. Justeru itu anak lelaki tidak boleh memandang remeh hal tersebut kerana bimbang keputusan yang diambil boleh membawa kemudaratan kepada hubungan bersama suami isteri atau kedua ibu bapa. 

Gambar Sekadar Hiasan

Sumber: Remaja 

Jawatan kosong di Kisah Dunia. Maklumat lanjut klik DI SINI

Apa Komen Anda?