Menurut laporan The Malaysian Insight, hanya 10,000 jemaah akan dipilih untuk menunaikan ibadah Haji pada tahun ini ekoran penularan wabak COVID-19. Kini, 8 orang rakyat Malaysia telah disahkan untuk menjadi jemaah Haji pada tahun ini.
BACA: 4 Bulan Tak Jumpa, Ibu Nur Aqilah Terkilan Tak Dapat Sambut Raya Haji Bersama
Jemaah yang terpilih perlu jalani saringan ketat oleh pihak Arab Saudi
Menurut Konsulat Jeneral Malaysia, mereka semua adalah pelajar dan pekerja rakyat Malaysia yang berkelana di Arab Saudi. Kesemua 3 lelaki dan 5 wanita berkenaan perlu melalui saringan ketat di sana termasuklah tidak mempunyai sebarang masalah kesihatan yang kritikal.

Tak sangka permohonannya untuk menjadi jemaah diluluskan
Memetik laporan AlHijrah Online, Fawziyah Mohamed akui sangat teruja apabila pemohonannya untuk menunaikan ibadah Haji tahun ini telah diluluskan. Menurut wanita berusia 38 tahun itu lagi, dia sama sekali tak menyangka dapat panggilan daripada pihak Haji dan Umrah Arab Saudi sekali gus dimaklumkan tentang berita tersebut.
Bawa abang sebagai mahram, anggap peluang ini sebagai anugerah paling tak ternilai
Dalam sumber berita lain, Maryam Munirah Mohammad Masruh difahamkan sedang menyambung pelajaran di sebuah institut pengajian tinggi di Arab Saudi. Maryam memilih abang iaitu Musthafa Muadz sebagai mahramnya sepanjang menunaikan ibadah ini. Mereka meluahkan rasa syukur dan menganggap peluang tersebut sebagai anugerah yang tak ternilai.
Sumber: AlHijrah Online, The Malaysian Insight, Minda Rakyat
Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura