Anugerah Terindah Guru- Dulu Tak Mampu Pegang Pensel, Tapi Kini Boleh Menaip

Fazri Hassan, nama guru muda ini sudah tidak asing lagi terutamanya di laman Twitter. Jejaka tersebut sering memuat naik aksi lucu dan menghiburkan daripada anak-anak muridnya yang kebanyakan terdiri daripada golongan istimewa. Lelaki ini merupakan seorang guru di Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) Sekolah Kebangsaan Gas. Perkongsian dari guru ini seringkali memberi inspirasi kepada orang ramai. 

BACA: [VIDEO] Macam Tengah Menari..; Gelagat Adik Maisarah Buat Kuih Curi Tumpuan

Tertanya-tanya siapakah gerangan pengirim Whatsapp.

Baru baru ini, guru berkenaan terkejut apabila menerima satu pesanan ringkas melalui aplikasi Whatsapp bertanya khabar tentang dirinya. Tidak disangka-sangka, individu tersebut merupakan bekas anak muridnya sewaktu mengajar di sebuah sekolah di Bachok. 

Setiap kali nak putus asa, saya ingatkan diri jangan  mengalah demi Aina

Aina menghidap masalah kesihatan Palsi Serebrum dan ini menyebabkan pergerakannya terbatas dan tidak selincah kanak-kanak lain. Daripada segi perkembangan psikomotor, Aina mungkin agak kebelakang namun diakui dialah yang paling cerdik di dalam kelasnya. Masalah fizikal gadis kecil mendorong guru ini menambak kreativiti dalam membentuk aktiviti pembelajaran yang dapat membantunya dari segi kemahiran motor tersebut. 

Aina ini pejuang. Tak pernah nampak dia mengalah

Menurut Fazri, sebelum ini murid perempuan tersebut tidak dapat memegang pensel dengan kuat sehingga menyebabkan tulisannya juga tidak dapat dibaca. Namun semangatnya tetap kuat serta tekun menyiapkan tugasan yang diberi walaupun mengambil masa yang agak lama berbanding rakan-rakan lain. 

Bersyukur dapat mengajar murid seperti Aina

Jelasnya lagi, tugas selaku guru Pendidikan Khas sudah membuatkan dirinya terbiasa untuk tidak berharap menerima apa-apa pemberian daripada anak muridnya. Namun hatinya tersentuh apabila menerima sekalung doa daripada insan yang sudah ditinggalkan 2 tahun lalu iaitu Aina. 

 

Sumber: Fazri Hassan

Jawatan kosong di Kisah Dunia. Maklumat lanjut klik DI SINI

Apa Komen Anda?