Viral

“Apa Perasaan Dia Masa Tu?”-Abang Terkenang Adik OKU Masa Uruskan Jasad Ayah

“Apa Perasaan Dia Masa Tu?”-Abang Terkenang Adik OKU Masa Uruskan Jasad Ayah

Sharing is caring!

Membesar bersama ahli keluarga yang kekurangan upaya (OKU) sememangnya agak mencabar. Terbaharu, mendapat perhatian ramai luahan menyentuh hati daripada seorang abang bernama Ajay Rahman buat adik istimewanya. Perkongsian Ajay tentang mendepani cabaran hidup bersama insan istimewa ini nyata membuka mata ramai.

BACA :¬†[VIDEO] Surprise Mak Ayah ‘Istimewa’, Momen Ucapan Anak Undang Sebak Ramai


Aku sepatutnya luangkan banyak masa bersama adik..

Menurut Ajay, keadaan adiknya yang mesra disapa Kamal itu terjadi selepas mengalami demam panas sewaktu kecil. Malah dia turut mengakui kesal kerana kurang meluangkan masa bersama adiknya meskipun jarak umur mereka cuma setahun.

“Apa Perasaan Dia Masa Tu?”-Abang Terkenang Adik OKU Masa Uruskan Jasad Ayah “Apa Perasaan Dia Masa Tu?”-Abang Terkenang Adik OKU Masa Uruskan Jasad Ayah

“Apa Perasaan Dia Masa Tu?”-Abang Terkenang Adik OKU Masa Uruskan Jasad Ayah

Masa mandikan jasad ayah, aku tertanya ‘apa perasaan dia masa tu’..

Kongsi pemuda berusia 36 tahun itu, semestinya kehilangan ayahnya yang selama ini menjadi tulang belakang keluarga mengukir duka di hati insan istimewa berkenaan. Malahan sifat Kamal yang terlalu naif pasti menyukarkannya untuk memahami realiti tersebut. Namun begitu, dia juga antara yang paling gembira setiap kali mereka sekeluarga pergi menziarahi pusara ayahnya dan kemungkinan itu salah satu cara untuknya melepaskan rindu yang terpendam dalam hati.


“Apa Perasaan Dia Masa Tu?”-Abang Terkenang Adik OKU Masa Uruskan Jasad Ayah “Apa Perasaan Dia Masa Tu?”-Abang Terkenang Adik OKU Masa Uruskan Jasad Ayah “Apa Perasaan Dia Masa Tu?”-Abang Terkenang Adik OKU Masa Uruskan Jasad Ayah

Hari demi hari aku cuba ganti tempat ayah

Mengakhiri posting tersebut, dia berjanji akan cuba menjadi abang yang terbaik bagi menggantikan tempat Allahyarham ayahnya. Ajay juga berharap agar sesiapa yang bakal menjadi jodohnya dapat menerima kekurangan adiknya. Hal ini kerana, Kamal merupakan satu-satunya anugerah yang paling terindah dan bermakna buat mereka keluarga.

“Apa Perasaan Dia Masa Tu?”-Abang Terkenang Adik OKU Masa Uruskan Jasad Ayah

“Apa Perasaan Dia Masa Tu?”-Abang Terkenang Adik OKU Masa Uruskan Jasad Ayah

Sumber : Twitter iamajayrahman


Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Sharing is caring!