Disangka Kena Keracunan Makanan, Ardell Kongsi Moment Disahkan Mengandung

Pada awal September yang lalu, perkahwinan antara pelakon Ardell Aryana dan Nadzmi Adhwa pernah menjadi bahan kontroversi di media sosial. Perkara tersebut malah mencetuskan kebimbangan Nadzmi sendiri selaku suami apabila melihat nasib isterinya yang sering dipersendakan. Namun selepas lebih 3 bulan berlalu, kedua-dua mereka difahamkan sedang melayari alam rumah tangga dengan baik walaupun agak sibuk dengan perniagaan sendiri.ย 

BACA: “Ikut Hati, Saya Memang Tak Nak Kahwin Time Tu” – Ardell Ulas Video Nikah Viral

Advertisement

Ingatkan food poisoning…Alhamdulillah dapat ‘Double Line

Siapa sangka, rezeki perkahwinan mereka semakin bertambah apabila Ardell disahkan mengandung buat kali yang pertama. Selebriti berusia 28 tahun itu membuat pengumuman mengenai kehamilannya menerusi posting terbaru di laman Instagram miliknya sebentar tadi. Berkongsi moment tersebut, pada awalnya dia menyangkakan bahawa terkena food poisoning kerana simptom hampir sama. Namun hasil yang dipamerkan oleh alat penguji kehamilan serta lawatan ke klinik mengesahkannya telah berbadan dua.

Advertisement
View this post on Instagram

Mula-mula๐Ÿคข๐Ÿคฎ( ingat keracunan makanan sebab sebelum ni masuk hospital sebab keracunan makanan , sebab keadaan nya sama )cuma muntah kuning sampai lembik, muntah-muntah-muntah adalah lebih 20x sehari ๐Ÿ˜‡ rupanya rezeki Allah nak bagi ๐Ÿ˜ข tak perasan pun kehadiranya ( Nak ikut saya sama-sama buat misi kemanusiaan bulan 1 ni agaknya baby ni ๐Ÿ‘ถ๐Ÿป) inshaallah . Cerita nya , Pukul 11pagi macam tu rasa nak pergi Klinik ( sebab tak percaya dengan penilaian mata sendiri ) huhu . SLIDE LEFT ๐Ÿ‘‰๐Ÿป๐Ÿ‘ˆ๐Ÿป Rumah vs klinik . Alhamdulillah Double Line ๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ๐Ÿคฒ๐Ÿป mula check sendiri kat rumah saja2 ( sebab mula2 dulu beli ada lebih 1 ) tanpa terfikir akan positive terus try sebab malas simpan tiba-tiba ( sampai lah blur tahap level kurang cerdik aku sebanyak 80% ) sampai 10x baca kat arahan tu 1 line apa 2 line apa walaupun sebelum ni pernah try tapi naik 1 line ๐Ÿ˜… tak tau time ni rasa macam mana ( ada yang macam saya ? ) . Terus cakap kat wawa jom pergi klinik jap ,dia cakap sakit ke ?nak pengsan ke ?? Saya tak cakap apa, Terus tunjuk ni haa 2 LINE , dia cakap sambil main game kt hp .. hmm ingat kenapa tadi risau saya , takpela awak belum rezeki kita jangan sedih ๐Ÿ˜ ๐Ÿคฃ. Saya pun dengan kening bekerut terus cakap kertas ni cakap 2 LINE pregnant ๐Ÿคฐ๐Ÿป.. dia terus haaa ???siapa pregnant ? Dengan masing2 blur dan mendiam kan diri terus ke klinik sah kan . Masuk bilik doctor setelah bagi Botol air kencingโ€™z . Doctor ๐Ÿ‘ฉ๐Ÿปโ€โš•๏ธkata tengok ni baik-baik , air urine awak .. kalau dekat UPT saya ni naik 2 LINE bermakna awak memang SAH hamil ๐Ÿ˜ข( naik terus beberapa saat 2 line ) wawa punya terkejut waktu tu mcm kelakar ada sedih pun ada ๐Ÿ˜†. Balik klinik amik ubat , terus masing2 sengih macam kerang busuk tapi diam seolah-olah masing2 sedang berangan & di awang – awangan๐Ÿคญ๐Ÿคฃ๐Ÿ˜‚. Cuma membingungkan berapa lama dah agak nya awak dalam perut saya wahai anak๐Ÿ‘ถ๐Ÿป ? ๐Ÿ˜Š nanti umie check hari lain ye . Harini cukup hari ini dulu saya kongsikan berita ini . Alhamdulillah rezeki Allah pada kami , doa kan semoga Anak dalam kandungan ini sentiasa sihat & doa kan saya juga ๐Ÿค— , ini sahaja perkongsian saya saat ini . NEXT sy akan kongsikan berapa lama dah usia nya dalam kandungan saya inshaallah โค๏ธ #Adhwardell junior #coyg

A post shared by ู†ูˆุฑ ุงู„ู‡ุฏุงูŠุฉ (@ardellaryana) on

Advertisement

Tak tahu pun ada Adhwardell Junior dalam perut..

Dalam pada itu, suaminya turut memuat naik reaksi terkejut dan sebak apabila dimaklumkan berita yang sangat dinantikan itu. Ujar Nadzmi, dia juga tidak menyangka sikap Ardell yang semakin kuat makan dan kerap mual sejak akhir-akhir ini adalah petanda bahawa dia bakal bergelar seorang bapa. Malah dia turut menyatakan bahawa kandungan itu telah ada sewaktu mereka berkunjung ke Syria baru-baru ini. Susulan pengumuman itu, Nadzmi meluahkan rasa syukur dan meminta doa ramai agar isteri dan bayi dalam kandungan sentiasa sihat.

Advertisement

View this post on Instagram

Syukur pada Allah โค๏ธ Saya tak tahu pun dah ada adhwardell junior ๐Ÿ‘ถ๐Ÿป dalam perut awak masa ni ๐Ÿคฐ๐ŸปTiba tiba sekarang dapat tahu. Sebak sangat. Patut la awak asyik nak makan je. Tapi lepastu awak taknak makan. Dari bulan lepas teman Awak tido dalam toilet sebab muntah teruk ingat kan penyakit lama awak datang balik sebab awak taknak makan and asyik muntah. Rupanya Allah nak bagi kita rezeki untuk kita bawa dia pergi bersama kita di Syria. Terima Kasih Allah ! Alhamdulillah ! Semoga Allah permudahkan segala urusan awak dan sentiasa diberkati Allah. Saya akan sentiasa ada disebelah awak. Minta korang doakan isteri dan anak dalam kandungan sentiasa sihat ya ๐Ÿคฐ๐Ÿปโค๏ธ Syukur Ya Allah ๐Ÿคฒ๐Ÿป #Adhwardell Junior 2020 ๐Ÿ˜ New Journey for me ๐Ÿคฒ๐Ÿป

Advertisement

A post shared by ู†ุงุฐู…ูŠ ุงุฏู‡ูˆุง ู†ูˆุฑ ุงุฐู…ูŠ (@nadzmiadhwa) on

Sumber: IG ardellaryana & nadzmiadhwa

Advertisement

Apa Komen Anda?