“Asal Naik Kereta Je Mesti Tidur” – Lelaki Kena Tau Fikiran Perempuan Tak Sama

Baik dalam perjalanan untuk balik beraya di kampung atau sekadar ke majlis kenduri kahwin, kadangkala para ibu atau isteri pasti akan terlena sebaik sahaja kereta bergerak. Perkara itu seterusnya membangkitkan rasa geram para suami terhadap isteri masing-masing kerana mereka ditinggalkan untuk memandu bersendirian. Tapi tahukah anda bahawa inilah antara masa yang ideal untuk mereka berehat? Jom kita baca nasihat yang diberikan oleh si suami ini kepada kita semua.

BACA: Para Isteri Selalulah Membebel Pada Suami Anda, Baik Untuk Otaknya Sebab..

Asal naik kereta je mesti tidur awak ni?

Fikiran lelaki tak sama dengan orang perempuan..

Jelas lelaki yang dikenali sebagai Farhad Hassan ini, mindset atau pemikiran wanita sebenarnya jauh lebih kompleks daripada golongan lelaki. Contohnya sebelum perjalanan, mereka ini akan berfikir tentang bermacam perkara seperti urusan pakaian, makan minum, anak-anak dan sebagainya. Manakala lelaki pula hanya fokus pada pemanduan dan kereta sahaja. Malahan, waktu di dalam kereta itu sajalah yang mana mereka tidak perlu memikirkan sangat urusan rumah dan memperoleh masa rehat yang sekejap namu berkualiti.

Sumber: FB Farhad Hassan

Apa Komen Anda?