Asrama ‘Blackout’, Student Gigih Sambung Study Di Tangga Beramai-Ramai

Adat bergelar sebagai pelajar, begitu banyak liku kehidupan yang perlu dijalani sebelum meraih segulung ijazah. Setiap daripada mereka mempunyai struggle yang tersendiri bukan sahaja dari segi kewangan, malah emosi dan mungkin juga keluarga. Begitu juga dengan sekumpulan pelajar dari sebuah universiti awam ini yang berusaha sehabis baik untuk mengulang kaji pelajaran walaupun berada dalam keadaan yang sukar.

BACA: [VIDEO];Lelaki Memang Camni Eh?- Bosan Punya Pasal, Pelajar Buat Hal Di Hostel

Dalam blackout ku tempuh jua

Kejadian tersebut dikongsikan oleh salah seorang daripada mereka di laman Twitter dan akhirnya sudah menjadi viral. Pelajar-pelajar berkenaan terpaksa menyambung pelajaran di sekitar kawasan tangga memandangkan bekalan eletrik bangunan itu berdepan masalah. Kumpulan pelajar berkenaan dipercayai sedang membuat persediaan untuk menghadapi peperiksaan yang bakal tiba. 

Doakan kejayaan anak-anak ini

Kata pelajar bernama Ahmad ini, hanya tangga tersebut yang masih mempunyai sumber elektrik. Bukan di tangga sahaja, ada juga yang mengulangkaji subjek dalam keadaan gelap di meja belajar masing-masing serta bersila di ruang koridor bercahaya.

Nanti korang mesti rindu semua benda tu

Posting yang mendapat lebih 2,500 retweet itu membuat netizen kagum dengan semangat dan usaha mereka untuk terus belajar walaupun diuji. Ramai turut mendoakan pelajar-pelajar tersebut supaya dipermudahkan urusan dalam peperiksaan yang bakal dihadapi nanti. Ada juga yang berkata mereka pasti merindui saat tersebut nanti.

Kredit: Twitter Ahmad Afifi

Jawatan kosong di Kisah Dunia. Maklumat lanjut klik DI SINI

Apa Komen Anda?