Hiburan Inspirasi

“Assalamualaikum Jodoh” – Eina Azman Buat Umrah, Lelaki Kacak Yang Jadi Tumpuan

“Assalamualaikum Jodoh” – Eina Azman Buat Umrah, Lelaki Kacak Yang Jadi Tumpuan

Sharing is caring!

Meskipun tidak dapat membalas semua jasa kedua-dua orang tua, pastinya sudah menjadi impian setiap anak untuk berusaha menggembirakan mereka kan? Itulah yang dilakukan oleh pelakon Datin Paduka Eina Azman apabila berpeluang membawa seisi keluarganya menunaikan ibadah umrah baru-baru ini. Selain itu, Eina atau nama sebenarnya, Ainur Syakina Azman turut menjadi inspirasi ramai apabila membawa sekali beberapa pembantu rumahnya ke Tanah Suci.

BACA: Β “Ikan Tu Tak Rebus Ke?” – Resepi Dipertikai, Ini Respon Padu Datin Eina Azman

“Assalamualaikum Jodoh” – Eina Azman Buat Umrah, Lelaki Kacak Yang Jadi Tumpuan

Sejadah ‘mur mur’ saja

Seperti kebanyakan orang lain yang pertama kali menjejakkan kaki ke sana, Datin Eina Azman tidak melepaskan peluang untuk mengambil banyak gambar kenangan dan berkongsi detik itu bersama para pengikutnya. Teruja dapat membeli dengan harga yang murah dan berpatutan, aktres berusia 24 tahun ini memuat naik dua foto membeli sejadah di Instagram miliknya.

“Assalamualaikum Jodoh” – Eina Azman Buat Umrah, Lelaki Kacak Yang Jadi Tumpuan


Semua mata fokus dekat gambar nombor 2

Bagaimanapun, kelibat seorang lelaki kacak yang secara kebetulan photobomb dalam gambar keduanya telah mencuri perhatian netizen. Menariknya lagi, ekspresi wajahnya seakan-akan memandang ke arah lensa kamera sewaktu Datin Eina Azman sedang membelek sejadah yang berada di tangannya.

“Assalamualaikum Jodoh” – Eina Azman Buat Umrah, Lelaki Kacak Yang Jadi Tumpuan

Assalamualaikum…jodoh ke belakang tu?

Menjengah ke ruangan komen, ternyata ramai wanita menjadi ‘tak keruan’ gara-gara penangan wajah lelaki yang berada di belakang itu. Selain minta meminta Datin Eina Azman untuk menyampaikan salam kepadanya, ada juga yang berseloroh dan mencuba nasib untuk berkenalan dengan jejaka tersebut sekiranya dia masih belum berpunya lagi.

“Assalamualaikum Jodoh” – Eina Azman Buat Umrah, Lelaki Kacak Yang Jadi Tumpuan


“Assalamualaikum Jodoh” – Eina Azman Buat Umrah, Lelaki Kacak Yang Jadi Tumpuan

“Assalamualaikum Jodoh” – Eina Azman Buat Umrah, Lelaki Kacak Yang Jadi Tumpuan

“Assalamualaikum Jodoh” – Eina Azman Buat Umrah, Lelaki Kacak Yang Jadi Tumpuan

Sumber: IG eina_azman


Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Sharing is caring!