Inspirasi Kehidupan Viral

Asyik Diasak Soalan “Bila Nak Kahwin?”, Ramai Puji Cara Wanita Ini Beri Respon

Asyik Diasak Soalan “Bila Nak Kahwin?”, Ramai Puji Cara Wanita Ini Beri Respon

Setiap orang mempunyai target pencapaian dalam hidup yang berbeza dan bukan hanya memikirkan tentang alam berumah tangga semata-mata. Oleh itu, segelintir individu amatlah sentitif apabila menerima banyak soalan mengenai jodoh daripada orang sekelilingnya.


BACA: Hampir Give Up Try Abang Angkat, Tak Sangka Berjodoh Rupanya Suka Sama Suka

Asyik Diasak Soalan “Bila Nak Kahwin?”, Ramai Puji Cara Wanita Ini Beri Respon
Gambar sekadar hiasan

 

Lepas husband dah tak ada, besan tanya nak kahwin lagi ke? I cakap “Saya ni gatal, kena kahwin”, terus dia diam

Seorang wanita bernama @Amirah Doby berkongsi pengalaman di TikTok semasa mendapat soalan daripada besannya, adakah dia akan berkahwin lagi selepas si suami kembali ke rahmatullah. Pemilik video ini pada ketika itu berseloroh mengatakan dia perlu mencari pengganti kerana sifatnya yang ‘gatal’. Mendengar sahaja jawapan tersebut, individu terus terdiam.

Asyik Diasak Soalan “Bila Nak Kahwin?”, Ramai Puji Cara Wanita Ini Beri Respon
Gambar sekadar hiasan

 

Bila orang tanya, jangan ambil hati…Cakap kat dia, doakanlah saya atau carikanlah pasangan untuk saya

Wanita berumur 61 tahun ini juga sempat menasihati netizen agar tidak mudah ‘melatah’ sekiranya diajukan soalan “bila nak kahwin?”. Ini kerana, kita tidak berupaya untuk menghentikan mulut masyarakat daripada berkata mengenai perkara sedemikian. Tambahnya lagi, jawab saja dengan nada yang lembut dan tidak memarahi mereka.


@mspaint_29

Kawin?? #fyp #foryou #fypシ #foryoupage #kawin #marriage #widow #divorcee #single #angry #sad #when #sayyes

♬ original sound – Amirah Doby

Win betul jawapan aunty…Suka dengar cerita aunty ni, positif je

Sejak dimuat naik 2 hari lalu, video berkenaan telah meraih hampir 55 ribu jumlah tontonan. Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen amat menyukai cara pemikiran dan jawapan tenang yang diberikan oleh wanita itu.



Asyik Diasak Soalan “Bila Nak Kahwin?”, Ramai Puji Cara Wanita Ini Beri Respon

Asyik Diasak Soalan “Bila Nak Kahwin?”, Ramai Puji Cara Wanita Ini Beri ResponAsyik Diasak Soalan “Bila Nak Kahwin?”, Ramai Puji Cara Wanita Ini Beri Respon

 

Kredit: TikTok @Amirah Doby

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Asyik Diasak Soalan “Bila Nak Kahwin?”, Ramai Puji Cara Wanita Ini Beri Respon

Facebook

Telegram