Asyik Kena Bahan Dengan Nabil, Gelagat Khai Bahar Jadi Hos Paling Menyerlah!

Setiap hari selasa, rancangan temubual sensasi Malaysia iaitu Meletop akan menghiasi kaca televisyen. Rancangan ini dimeriahkan lagi gandingan pengacara serasi Nabil Ahmad dan Neelofa bersama artis-artis jemputan yang lain. Semalam, ketiadaan Neelofa yang berangkat menunaikan haji telah digantikan dengan gandingan penyanyi duo lagu ‘Satukan Rasa’ iaitu Siti Nordiana dan Khai Bahar sebagai hos jemputan. 

BACA: Miss You, Khai..Luah Rasa Rindu, Khai Bahar-Nana Jalin Hubungan Cinta?

Advertisement

Namun, semalam kemunculan Khai Bahar mengendalikan rancangan tersebut lebih menjadi tumpuan memandangkan ini juga adalah kali pertama penyanyi lagu ‘Bayang’ ini menjadi hos dalam rancangan tersebut. Sebelum ini, Khai sememangnya cukup dikenali dengan sifatnya yang pemalu dan bersahaja menyebabkan kemunculannya di Meletop agak memeranjatkan peminat dan pengikut setia rancangan tersebut. 

Asyik gelak je

Paling tak tahan adalah mimik muka dan reaksi Khai yang tidak tentu arah bila diusik oleh rakan hos iaitu Nabil Ahmad. Seringkali, Khai juga tergelak sendiri apabila disakat oleh pengacara tersebut dan cuba ‘counter’ balik keadaan. 

Advertisement

View this post on Instagram

@chaleedaxgilbert belanja nyanyi terus nervous ke @khaibahar94? 😜😜😜 #MeleTOP

Advertisement

A post shared by MeleTOP (@meletop) on

Agak baik untuk percubaan pertama

Advertisement

Walau bagaimanapun, netizen turut memuji cara pengacaraan Khai di atas pentas yang kelakar dan bersahaja biarpun baru pertama kali. Tambahan pula, semasa menemu ramah salah seorang peserta Big Stage, Khai tidak kekok untuk bergurau bersama artis jemputan yang lain dan cuba menghiburkan lagi suasana. 

View this post on Instagram

Advertisement

@chaleedaxgilbert belanja nyanyi terus nervous ke @khaibahar94? 😜😜😜 #MeleTOP

A post shared by MeleTOP (@meletop) on

Advertisement

Meletop hari ini menghiburkan betul

Biarpun banyak kekurangan memandangkan Khai bukanlah seorang pengacara tetapi gelagatnya itu menjadi antara moment yang paling menyerlah sepanjang episod semalam. Netizen juga berseloroh yang kenakalan Nabil yang mengusik penyanyi yang berasal dari Perak itu menjadi punca suasana menjadi lebih ceria. Namun, ada juga netizen yang menasihatkan Khai untuk lebih bersedia dan berlatih jika ada tawaran mengacara rancangan berbentuk santai seperti semalam. 

Advertisement

Sumber: IG Meletop

Advertisement

Jawatan kosong di Kisah Dunia. Maklumat lanjut klik DI SINI

Apa Komen Anda?