Inspirasi Isu Semasa Viral

Asyik Mimpi Jejak Kaki Di Mekah, Lelaki Cina Akhirnya Ucap Kalimah Syahadah

Asyik Mimpi Jejak Kaki Di Mekah, Lelaki Cina Akhirnya Ucap Kalimah Syahadah

Sharing is caring!

Hidayah adalah petunjuk diberikan oleh Allah kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya dan ia merupakan suatu rahmat kehidupan paling berharga. Untuk memperolehi petunjuk ini, seseorang itu haruslah berjuang memperolehinya kerana hidayah tidak akan datang begitu sahaja. Ini dapat dibuktikan dengan kisah seorang mualaf yang akhirnya memilih untuk memasuki Islam setelah sekian lama mendalami agama tersebut.

BACA: Hadir Dengar Ceramah Ebit Lew, Wanita Cina Sebak Masuk Islam Hadapan Satu Dewan

Mimpi jadi penceramah agama & pergi Mekah

Berdasarkan laporan Berita Harian, seorang pemuda Cina yang kini dikenali sebagai Mohd Dylan Yap Abdullah telah mengucap dua kalimah syahadah setelah 8 tahun jatuh cinta dengan Islam. Lelaki itu turut memberitahu dia nekad ingin bertukar agama apabila sering kali bermimpi ditauliah sebagai penceramah agama dan menjejakkan kaki di Mekah.Asyik Mimpi Jejak Kaki Di Mekah, Lelaki Cina Akhirnya Ucap Kalimah Syahadah


Berminat dengan Islam sejak di sekolah menengah

Dia yang memasuki Islam pada 14 Mei tahun lalu kini dia sedang mempelajari agama tersebut di sebuah institusi di Pengkalan Chepa. Pemuda ini yang dulunya bernama Yap Sheng Wei berkata dia tertarik untuk mengenali agama ini ketika masih di sekolah menengah lagi. Malahan, dia turut meluahkan hasrat untuk melanjutkan pengajian ke Jordan dan berkhidmat di mana-mana institusi agama Islam suatu hari nanti.Asyik Mimpi Jejak Kaki Di Mekah, Lelaki Cina Akhirnya Ucap Kalimah Syahadah

Hasrat tukar agama ditentang keluarga

Mohd Dylan berkata keluarganya masih lagi belum jelas bahawa dirinya kini beragama Islam. Dia pernah memberitahu hasrat untuk menukar kepada agama suci ini tetapi telah ditentang oleh mereka. Ibunya juga pernah mengugut untuk meragut nyawanya sendiri jika lelaki itu meneruskan niatnya. Asyik Mimpi Jejak Kaki Di Mekah, Lelaki Cina Akhirnya Ucap Kalimah Syahadah


Hanya direstui oleh ibu saudaranya

Dia yang kini sudah bertunang itu turut pulang ke rumah ketika cuti perayaan Tahun Baharu Cina baru-baru ini tetapi layanan diterimanya tidak semesra dulu. Namun begitu, tindakannya menukar agama itu direstui oleh ibu saudaranya yang turut menasihati lelaki itu supaya mengahwini wanita berakhlak mulia.

Sumber: Berita Harian


Tidak mahu terlepas cerita viral & trending? Jom sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Asyik Mimpi Jejak Kaki Di Mekah, Lelaki Cina Akhirnya Ucap Kalimah Syahadah

Sharing is caring!