Menghampiri Baim Wong dengan niat hendak menjual buku keagamaan, siapa menduga maruah seorang atuk tua seakan-akan dipijak begitu sahaja. Bukan sahaja disalah anggap sebagai pengemis, malahan Pak Cik Suhud juga terpinga-pinga setelah disindir sambil menyaksikan aktor terbabit sengaja memberikan wang kepada orang lain di depan matanya sendiri.
BACA: Anak ‘Picky Eater’ Punca Mak-Mak Bertukar Jadi Hulk? Try Pujuk Guna 5 Cara Ini
Nak buat macam mana…Saya pun orang kecil…Saya diam renung diri sendiri
Meskipun sudah membuat klarifikasi dan memohon maaf, ternyata isu berkenaan masih belum berakhir. Pak Cik Suhud dalam sebuah temubual telah membuatkan ramai sebak apabila dia gagal menahan air mata menceritakan semula perasaan terhina yang timbul ketika kejadian berlaku. Akibat diaibkan sedemikian rupa, dia sedar dirinya cumalah ‘orang kecil’ sebelum beredar dari situ.
@nunacdrama yaAllah🥺
Tak betul apa yang diceritakan oleh Baim Wong
Kata Baim sebelum ini, dia sudah memberikan wang namun diekori lagi sampai ke hadapan rumah. Namun jelas warga emas 70 tahun ini, apa yang diceritakan oleh suami kepada Paula Verhoeven itu didakwa tidak benar.
“Habis solat Jumaat, saya ternampak 1 motor besar. Jadi saya ikut nak cuba nasib jual buku. Eh bila sampai depan rumah, rupanya ada team Baim Wong datang bawa kamera & rakam. Saya tak tahu, saya diam saja. Kemudian saya tengok dia macam tiba-tiba mengejek & terus bagi duit ke orang lain. Rasa macam ditolak, saya terus balik rumah”
Pak Cik Suhud & anak-anak akui malu
Akuinya lagi, apa yang jadi bukanlah rekaan (setting), malahan dia terkejut kerana tiba-tiba sahaja ada muncul team produksi Baim dari belakang. Meskipun kesan viral ini membuatkan jualan bukunya laris, namun dia dan keluarga menanggung rasa malu besar. Sedih dengan penghinaan yang menimpa, anak-anaknya juga menasihati bapa mereka agar tidak lagi berniaga.
Sumber : TikTok nunacdrama & Portal Tribunnews
Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura
