Viral Hiburan

Auto Jadi Nasi Kangkang, Datin Shahida Berdekah Terduduk Atas Rendang Masa Live

Auto Jadi Nasi Kangkang, Datin Shahida Berdekah Terduduk Atas Rendang Masa Live

Walaupun terkadang DS Aliff Syukri akan mencetuskan kontroversi, namun perkahwinannya dengan Datin Shahida sering menjadi perhatian ramai. Sifat penyayang mereka berdua sesama sendiri mencetuskan inspirasi ramai agar sentiasa menghargai suami atau isteri masing-masing tidak kira apa jua dugaan mendatang. Baru-baru ini, video lucu dua personaliti media sosial ini saat membuat live juga sempat tular.

BACA : Merajuk DS Aliff Syukri Mungkir Janji, Bonda Rozita Lari Tunai Umrah

Kata penyanyi No, lirik pun tak hafal

Awalnya, mereka berdua sempat berbual tentang sebuah lagu raya di mana Datin Shahida sempat menyindir Datuk Aliff terlupa lirik padahal pernah menggelar diri sendiri sebagai ‘Penyanyi No 1’. Kemudian, usahawan wanita ini sambung menyanyikan lagu berkenaan dengan versi penuh bersama suara yang agak merdu.

Auto Jadi Nasi Kangkang, Datin Shahida Berdekah Terduduk Atas Rendang Masa Live

Taknak aku makan…Janganlah duduk atas rendang

Dalam masa sama, DS Aliff dilihat sedang menjamah lauk rendang di mana pinggan itu kemudiannya diletak atas sofa berwarna biru. Tanpa sedar, isterinya terus bangun dan terduduk betul-betul menghempap hidangan tersebut. Wanita berkenaan lantas berdekah tanpa henti lebih-lebih lagi apabila suaminya bergurau menyebut tentang Nasi Kangkang.

@azlinazul75

penyanyi no 1#datoaliffsyukri #rendang #selamathariraya

♬ original sound – Norazlina Shuid – Norazlina Shuid

The real nasi kangkang…Mengekek aku gelak…Muka datin tak boleh blah

Menerusi ruangan komen, ramai netizen merasa terhibur dengan celoteh kedua-duanya selain menumpukan perhatian kepada tawa Datin Shahida. Sejak dikongsikan semula, rakaman berdurasi 2:04 minit itu berjaya meraih lebih 37 ribu jumlah tontonan.

Auto Jadi Nasi Kangkang, Datin Shahida Berdekah Terduduk Atas Rendang Masa Live Auto Jadi Nasi Kangkang, Datin Shahida Berdekah Terduduk Atas Rendang Masa Live Auto Jadi Nasi Kangkang, Datin Shahida Berdekah Terduduk Atas Rendang Masa Live

Kredit : TikTok azlinazul75

🚨 Erin Sakura KINI MENCARI INTERN! Klik untuk maklumat lanjut.

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Auto Jadi Nasi Kangkang, Datin Shahida Berdekah Terduduk Atas Rendang Masa Live

Facebook

Telegram