“Awak Dah Gila?”- YouTuber Korea Masuk lsIam, Ibu Kecewa Mintak Tukar Agama

Baru-baru ini Jay Kim, YouTuber terkenal di Korea yang juga merupakan bekas bintang Kpop telah memberi kejutan dengan berita tentang dirinya yang sudah bertukar agama IsIam. Dia pernah mengeluarkan dua buah lagu sebelum ini di bawah satu syarikat naungan. Kisah penghijrahan itu telah dikongsi melalui laman rasmi Youtube dan juga Instagram miliknya. 

BACA: TeIekung Tertanggal Di K4abah Bekas Pramugari Kongsi Detik Dapat Hidayah 

Indah detik penghijrahan saudara baru ini

Video tersebut memaparkan detik indah Jay Kim atau dengan nama barunya Daud Kim menyebut dua kalimah syahadah di hadapan wakil sebuah institusi agama di Itaewon, Seoul. Dia sebelum ini dilahirkan sebagai seorang yang beragama Katolik dan terus dikenali di YouTube setelah selalu berkongsi video pandangan dari orang Korea tentang agama IsIam dari pelbagai sudut. 

Dapat Tentangan Ibu (Minit 1:21)

Walau bagaimanapun, baru-baru ini Daud telah mengeluarkan satu video di YouTube tentang reaksi ibunya apabila dimaklumkan mengenai berita penghijrahan itu. Seperti yang dijangka, ibu pemuda itu kedengaran sangat terkejut dan menyoalnya beberapa kali adakah ia benar atau tidak. 

Kenapa awak tidak beritahu saya dahulu tentang berita penting ini? Kenapa awak membuat keputusan tanpa bertanya terlebih dahulu? Awak tak boleh batalkan? – kata ibunya

Tetapi di akhir video tersebut, ibunya meminta maaf kerana memarahinya serta meninggikan suara oleh kerana terkejut dengan tindakan anak lelakinya itu. Wanita itu juga sempat menegur akan keputusan Daud Kim yang dianggap terburu-buru lantaran baru sahaja mengenali agama itu dalam masa setahun.

Ini pilihan saya

Apa yang patut dipuji adalah Daud tetap bersikap tenang untuk menerangkan kepada si ibu yang dirinya sudah bersedia sepenuh hati untuk memeluk agama IsIam. Dia juga meyakinkan wanita tersebut yang seorang Daud Kim akan menjadi seorang yang lebih baik dan menegaskan tiada apa yang akan berubah terutama hubungan ibu dan anak. 

Sumber: Oh Media & Instagram Daud Kim

Apa Komen Anda?