“Awak Ingat Senang?”- Isteri Buat Hal, Teringin Bawa Wheelchair Naik Atas Bukit

Beberapa bulan yang lalu, tular di laman sosial tentang kisah lelaki ini yang ‘dilamar’ seorang wanita walaupun berada dalam keadaan yang tidak sempurna. Lelaki yang dikenali sebagai Firdaus itu merupakan seorang OKU setelah kakinya lumpuh akibat kecelakaan jalan raya. Setelah hampir 3 bulan berkahwin, video gelagatnya bersama si isteri pula tular di laman Twitter. 

BACA: Takkan Lari Lif Dikejar..- Rapid KL Tegur Sikap Masyarakat Buat Penumpang OKU

Aku cakap kat dia bukit ni la aku naik hari-hari

Menerusi video yang telah dimuat naik, isteri kepada lelaki tersebut dilihat sedang berusaha keras menaiki jalan berbukit dengan menggunakan kerusi roda kepunyaannya. Wanita tersebut dikatakan ingin mencuba setelah sentiasa menemaninya menjalankan latihan bagi sukan yang disertai. 

Firdaus merupakan atlet paralimpik negara 

Firdaus adalah merupakan seorang atlek paralimpik bagi sukan tenis. Pemuda ini sering mewakili negara dalam beberapa buah pertandingan. Kalau sebelum ini kisah cinta mereka menjadi inspirasi buat orang ramai, kini kisah perkahwinan pula menjadi perhatian. 

Comel je dia cakap “lagi sikit, lagi sikit”

Video yang telah mendapat jumlah tontonan lebih 34,000 kali serta 1,200 retweet itu telah berjaya mencuit hati netizen.  Netizen bagaimanapun gembira melihat kedua-duanya bahagia menjalani alam rumah tangga dan mendoakan urusan mereka sering dipermudahkan. 

Sumber: Twitter Firdaus Ibrahim

Jawatan kosong di Kisah Dunia. Maklumat lanjut klik DI SINI

Apa Komen Anda?