“Awak Nak Stay Atau Berpisah?” – Suami Luah Kecewa Sikap Melulu Nadya Syahera

Sejak semalam, media sosial kecoh dengan berita krisis rumah tangga aktres Nadya Syahera atau turut dikenali dengan panggilan Kak Bed apabila dia mendakwa suaminya, Fizul Nawi bermain kayu tiga bersama seorang wanita dari Kelantan. Menerusi pendedahan di sebuah portal hiburan, Nadya mengetahui hal itu seminggu sebelum Hari Raya Aidilfitri menerusi beberapa kiriman bukti gambar mereka berdua, selain turut menyatakan yang Fizul sudah tidak pulang ke rumah selama sebulan atas urusan kerja.

BACA: Suami Kantoi Selingkuh, Ini Pesan Nadya Shahera Buat Gadis Perosak Rumah Tangga

Malam tadi, pelakon drama ‘I Love You Abang Bomba’ ini ada memuat naik satu posting di laman Instagram miliknya dengan kapsyen yang menyatakan dia kini dalam keadaan yang baik sahaja.

Advertisement

Awak, kita okay je tau..

Tidak lama selepas itu, suaminya turut membalas komen dengan nada seperti geram dan menyuruh Nadya memilih untuk terus bersama atau berpisah. Namun aktres ini hanya memberitahu yang dia masih okey sebelum menutup ruangan komen berkenaan.

Advertisement

Sebab mulut awak kita tak senang duduk…saya bagi awak peluang fikir nak stay atau berpisah?

Menerusi paparan IG Story miliknya pula, Fizul turut meluahkan perasaan kecewa apabila isterinya bertindak untuk membuka mulut kepada pihak media semalam.

Advertisement

Nadya tolong jangan tambahkan lagi serabut..

Sanggup malu kan suaminya memang terbaik lah…padahal benda dah settle baik2

Advertisement

Selain itu, dia turut memuat naik satu posting di Instagram menjelaskan sebab mengapa dia tidak berkesempatan untuk menjenguk isteri dan anak-anak dalam tempoh sebulan yang lalu.

Bulan puasa aku berniaga 3 negeri…angkara mulut isteri family jadi tak tentu arah

Advertisement

Advertisement

Terbaru, Fizul turut membuat permohonan maaf secara terbuka kepada semua pihak yang menerima bahang akibat kesilapan yang pernah dilakukan.

Ada orang suka cari kesalahan orang lain…& aku minta maaf atas kesilapanku

Advertisement

Sumber: IG fizulnawi_ & nadyasyahera

Share video ini, RM10 milik anda. Maklumat lanjut di Mau Kongsi

Advertisement

Apa Komen Anda?