Cinta

Awal-Awal Dah Ajak Sembang Topik Berat, Gadis Serik Untuk Sesi Blind Date Lagi

Awal-Awal Dah Ajak Sembang Topik Berat, Gadis Serik Untuk Sesi Blind Date Lagi

Sharing is caring!

Tidak dinafikan zaman kini orang ramai lebih gemar berkenalan dengan seseorang melalui alam maya atau perkenalan orang terdekat. Meskipun tidak pernah mengenali rupa masing-masing, kebanyakannya berani pergi ke  blind date sebagai titik permulaan bagi perhubungan mereka. Namun berbeza pula pada gadis ini apabila pertemuannya dengan seorang jejaka telah membawa kepada perbincangan isu-su yang tidak disangka-sangka.

BACA : Sebak, Anak ‘Diikat’ Menjadi Pemandu Arah Ibu Bapa Yang Cacat Penglihatan


Awal-Awal Dah Ajak Sembang Topik Berat, Gadis Serik Untuk Sesi Blind Date Lagi
Gambar sekadar hiasan

You tau tak Israk Mikraj?

Bagi gadis bernama Nadhirah ini, dia menjelaskan wajah penyanyi Afgha mengingatkannya kepada sesi blind date yang dihadirinya suatu ketika dahulu. Menurut gadis tersebut, semuanya berjalan dengan lancar sehingga kepada topik perbualan akhir mereka yang membincangkan tentang alam akhirat. Menurut gadis itu, dia tidak pernah terfikir bagaimana topik berkenaan boleh menjadi tajuk perbincangan walhal mereka baru pertama kali berjumpa.

Awal-Awal Dah Ajak Sembang Topik Berat, Gadis Serik Untuk Sesi Blind Date LagiAwal-Awal Dah Ajak Sembang Topik Berat, Gadis Serik Untuk Sesi Blind Date Lagi

Awal-Awal Dah Ajak Sembang Topik Berat, Gadis Serik Untuk Sesi Blind Date Lagi
Gambar sekadar hiasan

Penat tau fikir teori mendengar pulak

Tidak cukup dengan itu, lelaki berkenaan berterusan mengajak Nadhirah untuk membincangkan teori reaksi pendengaran manusia pula. Walaupun Nadhirah menjawab berdasarkan apa yang dia tahu namun lelaki itu tetap menyangkal jawapannya. Selain  itu, semasa dalam perjalanan pulang jejaka berkenaan turut menceritakan tentang topik yang dianggap ‘berat’ oleh gadis tersebut. Rentetan itu, Nadhirah tidak dapat tidur lena pada waktu malam bila mengenangkan isu-isu yang dibincangkan oleh mereka.


Awal-Awal Dah Ajak Sembang Topik Berat, Gadis Serik Untuk Sesi Blind Date LagiAwal-Awal Dah Ajak Sembang Topik Berat, Gadis Serik Untuk Sesi Blind Date Lagi

Awal-Awal Dah Ajak Sembang Topik Berat, Gadis Serik Untuk Sesi Blind Date Lagi
Gambar sekadar hiasan

Biarlah kena dengan masa

Bagi Nadhirah, dia bukanlah seorang yang tidak suka membincangkan topik-topik yang ‘berat’. Ini kerana perkara sebegitu perlu masa yang sesuai untuk dijadikan bahan bualan. Walau bagaimanapun, gadis tersebut akui ia merupakan pengalaman yang menarik. Namun dia mengakui enggan menghadiri mana-mana sesi blind date lagi.

 

Awal-Awal Dah Ajak Sembang Topik Berat, Gadis Serik Untuk Sesi Blind Date LagiAwal-Awal Dah Ajak Sembang Topik Berat, Gadis Serik Untuk Sesi Blind Date Lagi

Awal-Awal Dah Ajak Sembang Topik Berat, Gadis Serik Untuk Sesi Blind Date Lagi
Gambar sekadar hiasan

 

Sumber : Twitter Nadhirah


Tidak mahu terlepas cerita viral & trending? Jom sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Awal-Awal Dah Ajak Sembang Topik Berat, Gadis Serik Untuk Sesi Blind Date Lagi

Sharing is caring!