Awas Wanita ‘Penyondol’, Ada Undang-Undang Khas Jika Runtuhkan Perkahwinan

‘Orang ketiga’ atau ‘si penyondol’ adalah antara topik yang kian hangat diperkatakan oleh masyarakat. Baik yang sudah mendirikan rumah tangga ataupun menjalin hubungan cinta, perkara ini sememangnya menjadi igauan yang paling buruk kerana kita boleh kehilangan insan tersayang. Ditambah pula dengan trend peningkatan jumlah suami isteri yang berpisah, isu ini sememangnya berada di tahap yang membimbangkan.

BACA: “Awak Nak Stay Atau Berpisah?” – Suami Luah Kecewa Sikap Melulu Nadya Syahera

Kredit foto: BH Online (2017)

Apa punca & kesan kehadiran orang ketiga?

Advertisement

Meskipun terdapat 1001 faktor berlakunya perpisahan, namun isu pihak ketiga dalam sesuatu hubungan kerap berlaku. Antara punca golongan ini muncul adalah apabila tiada lagi persefahaman, masih berhubung dengan ‘pacar’ lama, campur tangan ahli keluarga dan sering kongsi masalah rumah tangga dengan rakan berlainan jantina. Impaknya, kadar kepercayaan akan berkurangan dan akhirnya perpisahan jadi jalan yang terbaik.

Gambar sekadar hiasan

Akta buat si ‘Pemusnah Rumah Tangga’

Terdapat akta diperuntukkan buat mereka yang mengganggu kebahagiaan rumah tangga kerana turut dianggap sebagai kesalahan jenayah. Semua jabatan negeri sudah pun mempunyai undang-undang ini dan pihak yang mahu mengambil tindakan boleh membuat aduan dan bawa bersama bukti kukuh; sama ada melalui telefon, media sosial, foto atau video untuk disiasat oleh pihak penguatkuasa agama.

Advertisement

Memujuk lari wanita yang sudah bersuami

Halang mereka yang sudah bernikah daripada hidup sebagai suami isteri

Advertisement

Menghasut suami/isteri supaya berpisah atau mengabaikan kewajipan

Advertisement
Gambar sekadar hiasan

Selain ‘si penyondol’, perkara ini juga boleh dikenakan kepada sesiapa pun yang menjadi punca keretakan rumah tangga. Hal ini termasuklah ahli keluarga, saudara mahupun rakan jika mereka disahkan terlibat.

Gambar sekadar hiasan

Sumber: Apa Kata Orang & esyariah

Advertisement

Apa Komen Anda?