“Awas Ye Pegang…”-Berangan Jadi Youtuber, Abang Kantoikan Video Adik Memasak

Sering kita dengar apabila bercakap tentang topik cita-cita, mungkin ramai yang akan menyatakan hasrat untuk mempunyai kerjaya seperti cikgu, doktor, angkasawan atau mungkin askar. Namun begitu, lain pula kisahnya dengan seorang budak lelaki ini yang viral sejak beberapa hari lalu kerana ingin menjadi youtuber satu hari nanti. Seperti sedia maklum, kini semakin ramai yang menggunakan platform Youtube sebagai salah satu tempat untuk mencari rezeki.

BACA: 2 Kanak-Kanak Terperangkap Dalam Kereta, Ibu Tenangkan Dengan Kartun Animasi

Berangan nak jadi youtubers

Semuanya bermula apabila abang kepada budak lelaki tersebut berkongsikan sebuah video ke laman Twitternya. Rakaman berikut memaparkan gerak-geri si adik yang sibuk menunjukkan aksi memasak mi segera. Kejadian itu dipercayai dirakam menggunakan telefon bimbit si abang yang sedang berada di sekolah. Satu-persatu langkah memasak ditunjuk dan diterangkan persis youtuber terkenal tanpa kelihatan kekok langsung!

Semoga dia betul-betul jadi Youtuber nanti

Video tersebut berjaya meraih 5700 retweet serta tontonan lebih 200,000 kali. Ramai pengguna Twitter dilihat memberi sokongan kepada kanak-kanak tersebut untuk meneruskan cita-citanya. Mereka ternyata sangat terhibur dengan cara dia mengendalikan rancangan masakannya itu dengan penuh teliti dan stail yang tersendiri. Ada juga yang meminta si abang untuk membantu adiknya merealisasikan impian tersebut dengan membuka akaun Youtube sebagai permulaan. 

Comelnya adik! Haih budak bijak ni

 

Boleh pergi jauh dia ni 

 

Sumber: Twitter Haziq

 

Apa Komen Anda?