Hiburan

Lawak Dalam Running Man, Tak Sangka Ini Perangai Kwang-soo Bila Join Show Lain

Lawak Dalam Running Man, Tak Sangka Ini Perangai Kwang-soo Bila Join Show Lain

Sharing is caring!

Menerusi rancangan ‘Running Man‘, Lee Kwang-Soo selalunya dikenali sebagai seorang yang ‘nakal’ dan suka mengkhianati ahli kumpulan yang lain. Namun ketika menjadi seorang tetamu dalam rancangan berjudul ‘Three Meals A Day‘, selebriti tinggi lampai ini seakan-akan menunjukkan satu sisi lain dirinya.

BACA: Lesap 800K USD Sekelip Mata, Lisa Dikhianati Bekas Pengurus Boros Main Judi


Tinggal di kampung selama 3 hari seminggu

Three Meals A Day‘ merupakan rancangan realiti yang telah mula bersiaran sejak tahun 2014 di mana beberapa selebriti akan datang menetap di lokasi tertentu dan menjalankan kehidupan seperti orang kampung. Dalam masa sama, tetamu undangan di kalangan rakan artis akan dijemput untuk memeriahkan suasana di mana mereka perlu memasak sebanyak 3 kali hidangan sehari.

Lawak Dalam Running Man, Tak Sangka Ini Perangai Kwang-soo Bila Join Show Lain

Kwang-soo jadi artis jemputan minggu ini

Dalam episod 6 pada musim kali ini, Kwang-Soo telah menjadi artis jemputan dan datang ke perkampungan itu dengan menaiki bot. Sesampai sahaja di sana, pelakon yang juga seorang model ini disambut dengan baik oleh 3 hos rancangan berkenaan.


Lawak Dalam Running Man, Tak Sangka Ini Perangai Kwang-soo Bila Join Show Lain

Lawak Dalam Running Man, Tak Sangka Ini Perangai Kwang-soo Bila Join Show Lain

Macam tak percaya tengok dia berperangai lain sikit

Namun situasianya bagaikan melihat dua orang yang berbeza personaliti. Kwang-Soo tidak bersikap ‘gila-gila’ apalagi mahu mengusik orang. Sebaliknya, Prince Of Asia itu hanya kelihatan terpinga-pinga dan awkward apabila kedatangannya disambut. Selain itu, dia juga seakan-akan excited terutamanya apabila melihat alatan yang digunakan oleh salah seorang hos untuk menghidupkan api dapur.

Lawak Dalam Running Man, Tak Sangka Ini Perangai Kwang-soo Bila Join Show Lain

Lawak Dalam Running Man, Tak Sangka Ini Perangai Kwang-soo Bila Join Show Lain

Sumber: FB Running Man Philippines (OFFICIAL), YouTube Key Pop


Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Sharing is caring!