Generasi sekarang sangat sinonim dengan penggunaan gajet moden, namun sebenarnya pembacaan buku cerita secara langsung bakal memberikan impak lebih positif kepada anak-anak kecil. Apalagi jika yang membacakan itu adalah ayah atau ibu mereka sendiri, pastinya ia boleh merapatkan bonding persis sebuah video tular ini.
BACA: Anak ‘Picky Eater’ Punca Mak-Mak Bertukar Jadi Hulk? Try Pujuk Guna 5 Cara Ini
Rupa-rupanya, pencuri menyamar jadi nenek…Allahurabbi, apa pencuri tu cakap?
Dalam sebuah video TikTok milik Alif Teega, dia berkongsikan situasi ketika membacakan anak perempuannya sebuah buku cerita ‘Didi & Friends’. Berkisarkan mengenai pengajaran di sebalik sikap buruk mencuri, lucunya si ayah menggunakan nada ala-ala ceramah untuk membaca keseluruhan buku cerita.
Apa pencuri tu cakap? Menyesalnya mencuri…Jangan mencuri ya kawan-kawan, ingat tu
Bukan sahaja lenggok suara mendayu-dayu seperti seorang ustaz, malahan dia turut menambahkan perkataan ‘Allahurabbi’ yang selalu kita dengari dalam video-video tarbiah. Si anak yang berada di sebelah seakan-akan memberikan reaksi kosong namun dengan mata sedikit membuntang. Dikongsikan sejak semalam, rakaman lucu itu berjaya meraih lebih 1 juta tontonan.
@alifteega Berat Tanggungjawab seorang bapa❤️
Cerita ‘Didi & Friends’ dah jadi kem motivasi sekolah rendah dulu…Insaf terus dengar cerita ni
Menerusi ruangan komen pula, rata-rata netizen akui merasa sangat terhibur melihat penceritaan si ayah kepada anaknya. Tidak ketinggalan, ada juga yang teringat kepada sesi ceramah ketika zaman sekolah rendah suatu ketika dahulu.
Kredit : TikTok Aliff Teega
Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura
