Ayah Dah Tiada, Ibu Pula Balik Siam-Remaja Hidap Kanser Setia Jaga Atuk & Nenek

Kehidupan seseorang remaja sepatutnya dihiasi dengan kawan-kawan dan kegembiraan sebelum mereka melangkah ke alam dewasa. Mereka tidak seharusnya memikirkan hal-hal seperti menguruskan rumah dan menjaga keluarga. Namun begitu, tidak semua bertuah untuk memiliki kehidupan yang sebegitu rupa. Ada remaja yang terpaksa menjaga kebajikan ahli keluarga lain seperti kisah seorang gadis dari Kangar, Perlis ini.

BACA: Umur Sebulan Hidap Kanser, Ibu Bapa Maryam Tagih Doa Ramai Agar Cepat Sembuh

Galas tanggungjawab jaga keluarga

Berdasarkan laporan Harian Metro, seorang remaja perempuan bernama Quah Suzy terpaksa menggalas tanggungjawab menjaga datuk dan neneknya yang sudah uzur. Lebih menyayat hati, gadis berusia 17 tahun itu telah didiagnos dengan blood cancer dan masih lagi sedang berjuang untuk sembuh. Menurut Suzy, dia kehilangan bapanya dalam suatu insiden jalan raya dan ibu pula telah pulang ke Thailand bersama adik bongsunya.

Advertisement

Harus kuatkan semangat & tolong datuk

Anak sulung daripada lima beradik itu juga berkata, dia dan adik-adiknya telah dijaga oleh datuk setelah pemergian bapa mereka. Menurutnya, dia turut membantu datuknya dalam menguruskan rumah, adik-adik dan neneknya. Oleh kerana neneknya kurang sihat dan hanya terbaring di katil, pelajar itu harus menguatkan semangat dalam meneruskan kehidupan dan menolong atuknya.

Advertisement

Akan membantu selagi masih mampu

Datuk kepada gadis itu, Quah Sew Yap meluahkan rasa syukur kerana cucu perempuannya sungguh memahami keadaan dirinya dan sentiasa membantunya. Tambahnya lagi, dia tidak kisah menjaga Suzy dan adik-adiknya memandangkan mereka adalah cucu kandungnya. Lelaki itu turut berkata dia akan sentiasa membantu mereka sehinggalah empat beradik itu berjaya menamatkan pelajaran selagi hayatnya dikandung badan.

Sumber: Facebook Harian Metro

Advertisement

Apa Komen Anda?