Family Viral

Ayah Dijemput Illahi 4 Hari Sebelum Nikah, Tapi Imam Suruh Teruskan Sebab..

Ayah Dijemput Illahi 4 Hari Sebelum Nikah, Tapi Imam Suruh Teruskan Sebab..

Sharing is caring!

Hari ijab kabul merupakan detik yang paling bahagia buat mana-mana insan yang sudah sekian lama menyulam hubungan cinta. Selain diri sendiri, restu daripada ahli keluarga kedua-dua belah pihak juga sangat penting bagi agar rumah tangga yang terbina mendapat berkat serta diredhai. Akan tetapi, tidak semua yang kita rancang boleh jadi seperti apa yang diimpikan kerana ujian Allah S.W.T. boleh datang pada bila-bila masa.

BACA: Sempat Request Kek Dari Katil Sebelah, Tak Sempat Bagi Dah Dijemput Illahi

Lagi 4 hari nak kahwin…tapi ayah tak sempat nak walikan Iqa

Begitulah yang terjadi kepada seorang bakal pengantin yang dikenali sebagai Iqa apabila dikejutkan dengan berita pemergian bapa tercinta pada semalam. Menerusi perkongsian di laman Twitter miliknya, Iqa meluahkan rasa sebak kerana lelaki itu dijemput Illahi 4 hari sebelum majlis bermakna itu.

Ayah Dijemput Illahi 4 Hari Sebelum Nikah, Tapi Imam Suruh Teruskan Sebab..

Teruskan sebab dekat sangat…tak tahu macam mana nak sanding tanpa ayah

Sepanjang tempoh hayat terakhirnya, Allahyarham bapa yang dikenali sebagai Abd Rahim Bin Othman antara yang paling teruja melengkapkan segala persiapan menjelang hari akad nikah tersebut. Tambah Iqa, keluarganya mahu menangguhkan majlis itu. Namun pihak imam yang mengendalikannya menasihati agar ia diteruskan gara-gara tarikh sudah terlalu hampir.


Ayah Dijemput Illahi 4 Hari Sebelum Nikah, Tapi Imam Suruh Teruskan Sebab..

Ayah Dijemput Illahi 4 Hari Sebelum Nikah, Tapi Imam Suruh Teruskan Sebab..Ramai kawan ayah datang…semua sayang ayah

Susulan berita pemergian itu, sanak saudara serta sahabat handai bapa Iqa telah bertandang ke kediamannya bagi ziarah kali terakhir sebelum dikebumikan. Meskipun ujian itu tersangat berat bagi kesemua ahli keluarganya, namun Iqa tetap berasa terharu dan menghargai pihak yang turut sama menguruskan jasad En Abd Rahim. Dalam pada itu, dia turut meminta orang ramai agar mendoakan kesejahteraan roh lelaki tersebut di alam satu lagi.

Ayah Dijemput Illahi 4 Hari Sebelum Nikah, Tapi Imam Suruh Teruskan Sebab..

Ayah Dijemput Illahi 4 Hari Sebelum Nikah, Tapi Imam Suruh Teruskan Sebab..

Ayah Dijemput Illahi 4 Hari Sebelum Nikah, Tapi Imam Suruh Teruskan Sebab..

Mungkin Allah nak tunjuk bakal suami adalah pengganti ayah awak..


Status menyayat hati daripada bakal pengantin itu nyata telah mendapat perhatian daripada rata-rata netizen meluahkan rasa sebak dan bersedih atas kejadian itu. Selain menitipkan doa agar dia terus tabah dengan pemergian itu, mereka yang mengenali lelaki itu turut memaklumkan bahawa Allahyarham adalah seorang peniaga kecil yang sangat baik di sekitar Prima Saujana.

Ayah Dijemput Illahi 4 Hari Sebelum Nikah, Tapi Imam Suruh Teruskan Sebab..

Ayah Dijemput Illahi 4 Hari Sebelum Nikah, Tapi Imam Suruh Teruskan Sebab..

Ayah Dijemput Illahi 4 Hari Sebelum Nikah, Tapi Imam Suruh Teruskan Sebab..

Sumber: Twitter syzssyfqh


Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Sharing is caring!