Hiburan

”Ayah Kepada Anak Saya”-Puji Bakal Suami, Mira Filzah Umum Nikah Minggu Depan

”Ayah Kepada Anak Saya”-Puji Bakal Suami, Mira Filzah Umum Nikah Minggu Depan

Sharing is caring!

Baru-baru ini, pelakon kecil molek Mira Filzah telah pun mengadakan sebuah majlis khatam al-Quran di kediamannya. Majlis sederhana tersebut turut ditemani dengan kehadiran si adik, Aina Fadhilah yang telah pun selamat melangsungkan perkahwinan bersama teman istimewa pada keesokan harinya pula. Seakan-akan merasai aura sama, ramai juga tertanya-tanya bilakah tarikh sebenar untuk aktres itu mengikat tali perkahwinan dengan jejaka bernama Wan Emir Astar.

BACA: [VIDEO] Cantiknya Bakal Raja Sehari, Mira Filzah Dah Sarung Busana Pengantin?

Akhiri zaman bujang minggu hadapan

Setelah sekian lama berteka-teki, Mira akhirnya menjawab persoalan mengenai tarikh perkahwinannya dalam satu temubual bersama rancangan Malaysia Hari Ini di TV3.  Menurutnya, majlis penuh makna akan diadakan pada minggu hadapan. Selain itu, hari bahagianya bersama pilihan hati akan turut ditayangkan secara langsung menerusi stesen televisyen berkenaan.


”Ayah Kepada Anak Saya”-Puji Bakal Suami, Mira Filzah Umum Nikah Minggu Depan

Senang buat majlis dekat-dekat

Jelasnya juga, perancangan mengenai majlis perkahwinan tersebut terpaksa diawalkan dari tarikh yang sepatutnya selepas mempertimbangkan beberapa perkara. Memandangkan kakak sulung kepada Mira tinggal di luar negara dan sukar untuk pulang dengan kerap, mereka sekeluarga telah berbincang untuk mengadakan majlis untuknya dan adik dalam waktu yang terdekat.

”Ayah Kepada Anak Saya”-Puji Bakal Suami, Mira Filzah Umum Nikah Minggu Depan

I see him as my future husband

Mira yang manis mengenakan busana ringkas berwarna ‘pink‘ turut sempat memberitahu dirinya tertarik dengan karakter tunangnya itu. Malah pelakon yang juga bergelar pengacara tersebut turut mengakui dia melihat figura jejaka berkenaan sebagai seorang bakal suami dan ayah kepada anak-anaknya kelak.


”Ayah Kepada Anak Saya”-Puji Bakal Suami, Mira Filzah Umum Nikah Minggu Depan

Sumber: Instagram wanemirafilzah


Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Sharing is caring!

Facebook

Telegram

Topik Panas Minggu Ini