“Ayah Mohon Maaf Banyak Salah..” – Abu Sufyan Sebak Timang Anak Isteri Pertama

Beberapa bulan lalu, tular kisah rumah tangga yang melanda pendakwah PU Abu Sufyan yang tergamak menjatuhkan talak kepada isteri yang sedang hamil, dan mereka sah berpisah pada pertengahan Ramadan yang lalu. Selepas terpaksa mengandungkan anak dengan tekanan daripada pelbagai sudut, bekas isterinya iaitu Ain Afini akhirnya telah pun selamat melahirkan seorang anak lelaki di sebuah pusat perubatan pada tengah hari tadi.

BACA: “Setiap Kali Baca Kisah PU Abu, Semakin Aku Hargai Hubungan Dengan Anak..”

Perkara itu dimaklumkan sendiri oleh PU Abu menerusi posting yang dibuat olehnya di Instagram sebentar tadi. Dia turut meluahkan rasa sebak kerana rasa bersalah terhadap bayinya itu sepanjang berada dalam kandungan ibunya.

Moga jadi anak yang soleh…ayah mohon maaf sebab banyak salah pada awak

Dalam pada itu, dia turut menitipkan penghargaan kepada Ain atas kelahiran ini, dan berharap agar semua pihak dapat mendoakan perjalanan dia dan anak mereka selepas ini.

Terima kasih melahirkan anak hebat ini…moga dia mewarisi kesabaran awak

Sumber: IG puabu.official

Apa Komen Anda?