Viral cinta * perhubungan rumah tangga

Ayah Selingkuh Lafaz Talak 3 Ke Ibu, Anak Berpura Tak Tahu Rakam Sisa Kenangan

Ayah Selingkuh Lafaz Talak 3 Ke Ibu, Anak Berpura Tak Tahu Rakam Sisa Kenangan

Lafaz talak sebenarnya bukan sahaja memberikan kesedihan kepada suami isteri, malah anak-anak juga terkesan. Memandangkan ibu ayah tidak lagi duduk sebumbung, tanpa disedari ia boleh menjejaskan perkembangan emosi mereka apalagi punca utamanya berkait isu selingkuh.

BACA : Isteri Ditalak 3 Hari Nikah Senyum Di Pejabat Agama, Mentua Idam Menantu Doktor

27 tahun kahwin & mempunyai anak, tetap tak menjamin akan bersama ke akhir hayat

Dalam sebuah kisah pilu yang dikongsikan oleh seorang gadis ini, perkahwinan bahagia ibu bapanya akhirnya ranap kerana orang ketiga. Sudah bertahan 27 tahun dan dikurniakan anak, rupanya si ayah diam-diam melafazkan talak ketiga kepada ibu mereka.

@yusifadila

27 Tahun Pernikahan + 6 Orang Anak

♬ Glimpse of Us – Joji

Padahal yang selingkuh tu ayah…tapi dia pula lafaz talak 3 kepada ibu

Jelas si anak, mereka sedih membaca semula mesej menunjukkan ibunya sudah benar-benar pasrah dengan takdir perpisahan ini. Walhal, pihak yang sepatutnya dipersalahkan adalah bapa mereka kerana tergamak berselingkuh dengan wanita lain.

@yusifadila

🥺 Perih Joji ……

♬ Glimpse of Us – Joji

Kami pura-pura tak tahu supaya ayah nak keluar dengan kami…kalau tidak, mesti sikap dia berubah

Paling menyedihkan, 6 beradik itu malah terpaksa berpura-pura konon tidak tahu mengenai kejadian yang berlaku pada jam 5 pagi tersebut. Pada hari yang sama, rupanya keluarga ini telah keluar merancang untuk keluar makan bersama-sama. Sepakat untuk berlakon seakan tiada apa-apa berlaku, detik tersebut dirakam sebagai sisa kenangan bahagia yang terakhir.

@yusifadila

Balas @krisenatalia 🥺🥺 Sebelum itu dimulai kami ngumpulin kenangan dulu kak 🥺 #yusifadila

♬ suara asli – Yusi Fadila NAMAKU – Yusi Fadila NAMAKU

Kredit : TikTok yusifadila

🚨 Erin Sakura KINI MENCARI INTERN! Klik untuk maklumat lanjut.

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Ayah Selingkuh Lafaz Talak 3 Ke Ibu, Anak Berpura Tak Tahu Rakam Sisa Kenangan

Facebook

Telegram

Kasut