Family Inspirasi

Ayah ‘Tutup Mata’ 3 Bulan Sebelum, Adik Umur 16 Tahun Jadi Wali Nikahkan Kakak

Ayah ‘Tutup Mata’ 3 Bulan Sebelum, Adik Umur 16 Tahun Jadi Wali Nikahkan Kakak

Setiap wanita pastinya inginkan sosok seorang bapa untuk menjadi wali sewaktu hari pernikahan. Namun, ada insan yang tidak berpeluang merasa kemanisan waktu itu. Oleh demikian, adik beradik lelakilah yang akan menggalas tanggungjawab sebagai pengganti wali.

BACA : Selepas 7 Tahun Sabar Menanti, Wanita TTC Ini Akhirnya Dikurniakan Zuriat

Ayah pergi 3 bulan sebelum kahwin…di saat fasa pertunangan

Menerusi perkongsian video oleh pengguna @ctnurulasyiqin di aplikasi TikTok, gadis itu meluahkan rasa terima kasih dan terharu kerana adiknya mampu menjadi wali untuk pernikahannya pada 19 Oktober lepas. Hal ini kerana, ayahnya telah kembali ke rahmatullah 3 bulan sebelum berlangsungnya majlis akad nikah.


Ayah ‘Tutup Mata’ 3 Bulan Sebelum, Adik Umur 16 Tahun Jadi Wali Nikahkan Kakak

Gugup, tak lalu makan dan tidur…Macam dia yang nak kahwin

Menurut pengantin lengkap berbusana putih itu, adik lelakinya faham bahawa dia memegang satu tanggungjawab besar yang ditinggalkan oleh Allahyarham ayahnya. Adiknya yang berbaju Melayu itu akui gugup sehingga tak lalu makan dan tidur sehari sebelum berlangsungnya majlis yang penuh makna, tetapi berani bangkit demi kakak tersayang.

@ctnurulasyiqin

Adikku Waliku 🤲🏻 Alhamdulilah 🥰 #marriedlife #waliku #perkahwinanpkp

♬ original sound – Ct Nurul Asyiqin – Ct Nurul Asyiqin

Respect dik,tanggungjawab kamu memang besar… Erti kematangan sebuah kehidupan

Video di TikTok ini telah mendapat sejumlah 48.2 ribu tontonan. Semasa menjengah ke ruangan komen mendapati rata-rata netizen meluahkan rasa terharu terhadap tugas yang digalas oleh adik beradik lelaki gadis tersebut. Tidak ketinggalan, ada juga berkongsi pengalaman masing-masing sewaktu mengalami situasi serupa.


Ayah ‘Tutup Mata’ 3 Bulan Sebelum, Adik Umur 16 Tahun Jadi Wali Nikahkan Kakak

Ayah ‘Tutup Mata’ 3 Bulan Sebelum, Adik Umur 16 Tahun Jadi Wali Nikahkan Kakak

Ayah ‘Tutup Mata’ 3 Bulan Sebelum, Adik Umur 16 Tahun Jadi Wali Nikahkan Kakak


Ayah ‘Tutup Mata’ 3 Bulan Sebelum, Adik Umur 16 Tahun Jadi Wali Nikahkan Kakak

Sumber : TikTok ctnurulasyiqin Oh My Media

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Ayah ‘Tutup Mata’ 3 Bulan Sebelum, Adik Umur 16 Tahun Jadi Wali Nikahkan Kakak

Facebook

Telegram