Viral

Ayda Jebat Rakam Bakal Suami Tidur Di Kursus Nikah, Abang Belakang Jadi Tumpuan

Ayda Jebat Rakam Bakal Suami Tidur Di Kursus Nikah, Abang Belakang Jadi Tumpuan

Sharing is caring!

Bertunang secara atas talian, terdahulu Nabil Mahir pernah membuat kejutan besar dan melamar Ayda Jebat di dalam kereta untuk menjadi isterinya. Masih belum mendedahkan tarikh pernikahan sebenar, namun sebelum ini mereka berkongsikan bahawa akan mendirikan rumah tangga pada tahun 2020 ini. Berita itu disambut baik oleh ramai peminat yang gemar mengikuti perkembangan hubungan mereka di media sosial selama ini.


BACA : Teruskan Sampai Jadi..-Hadiah Birthday Terindah, Nabil Mahir Lamar Ayda Jebat

Lepas ni kursus memasak

Terbaharu juga, aktres berkenaan sempat memuat naik gambar dan video ketika pergi ke kursus perkahwinan bersama-sama bakal suaminya itu. Bahkan dalam gambar ketika mereka sedang memegang buku panduan ‘Gerbang Perkahwinan’, Ayda meluahkan syukur kerana sudah selesai menghadiri kelas tersebut.


Orang paling rajin dalam kursus kahwin semalam…Yang belakang usya kemain

Sejak dimuat naik semalam, 1 rakaman video juga berjaya meraih hampir setengah juta tontonan daripada para peminat. Lucunya adalah gelagat yang ditunjukkan oleh Nabil tatkala semua orang sedang ‘khusyuk’ mendengarkan semua pengisian. Mungkin terlalu mengantuk dan tidak dapat menahan mata, Nabil Mahir dilihat tidur dengan lena sambil menundukkan pandangannnya sedikit. Akan tetapi, kelibat lelaki berbaju putih di tempat duduk belakang juga mencuri tumpuan kerana dia seakan-akan memandang tepat ke arah kamera.


Ayda Jebat Rakam Bakal Suami Tidur Di Kursus Nikah, Abang Belakang Jadi Tumpuan

Ayda Jebat Rakam Bakal Suami Tidur Di Kursus Nikah, Abang Belakang Jadi Tumpuan

Ayda Jebat Rakam Bakal Suami Tidur Di Kursus Nikah, Abang Belakang Jadi Tumpuan

Ayda Jebat Rakam Bakal Suami Tidur Di Kursus Nikah, Abang Belakang Jadi Tumpuan

Ayda Jebat Rakam Bakal Suami Tidur Di Kursus Nikah, Abang Belakang Jadi Tumpuan

Sumber : Instagram Ayda Jebat

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Sharing is caring!

Facebook

Telegram

Topik Panas Minggu Ini