‘Azal Cakap Dia Nak Kahwin, Siapa Yang Sudi Jadi Isteri Boleh DM Saya’

Terbaru melalui Instagram Zarina Zainuddin, dia ada berkongsi satu posting berkenaan salah seorang anak autisme, Azal. Zarina memberitahu bahawa anak lelakinya itu ada menyuarakan hasrat ingin berkahwin dan mengalu-aIukan juga sesiapa yang sudi untuk menghubunginya melalui DM. Tidak pasti sama ada ianya satu gurauan ataupun perkara serius, Zarina juga ada menyenaraikan ciri-ciri wanita idaman Azal. 

BACA: “Busy Buat IG Story” – Alasan Tak Jawab Call, Azal Merayau Sampai Tak Balik Buka!

Nak perempuan rambut panjang, putih melepak, tinggi & pandai baca Al-Quran 

Azal mempunyai seorang abang kembar bernama Azil, yang juga autisme sepertinya. Berbeza dengan Azil yang tak boleh bertutur dan lebih sukar dikawal, Azal nampak seperti seorang lelaki normal, mudah dikawal, dan melakukan pelbagai kerja. 

Zarina bersama Azil 

Azal juga rajin mengikut ibunya berkerja dan digelar sebagai pembantu peribadi ibunya. 

Ruangan komen posting berkenaan Azal yang ingin berkahwin itu meraih perhatian ramai netizen yang mendoakan jodoh buatnya. 

Dah dewasa.. punya naluri. Rasa yang normal

Semoga Allah permudahkan jodoh buat Azal 

Saya pun pes4kit mental.. pernah terfikir takkan ada perempuan nak kahwin dengan saya

Dalam pada itu, ada juga individu yang melemparkan komen berupa sindiran.

Ada gaji tak? Ada income nak bela anak orang bolehlah

Sumber: IG zarinazainuddin

Apa Komen Anda?